PERKEMAS

 

 

 

PERSATUAN Keluarga Warga Emas Wanita Negeri Sembilan (PERKEMAS) adalah merupakan sebuah badan NGO telah diluluskan penubuhannya secara rasmi sebagai sebuah pertubuhan di bawah seksyen 7 Akta Pertubuhan 1966 dengan nombor pendaftaran 2046-05-9, pada 15 Disember 2005.

Walaupun baru berusia setahun jagong, tetapi PERKEMAS mengadakan banyak aktiviti untuk ahli-ahlinya yang terdiri dari warga emas dan mereka yang baru bersara pada usia 55 tahun.

Tujuan penubuhan PERKEMAS  antara lain termasuklah ;

*Meningkatkan lagi kesedaran kaum wanita khususnya warga emas tentang penjagaan kesihatan untuk diri sendiri juga di kalangan ahli keluarga mereka.

*Menggalakkan lagi kesedaran tentang pentingnya penjagaan kesihatan di kalangan warga emas supaya hidup sihat selain memberi penerangan pentingnya kesihatan dalam keluarga sendiri bermula dari suami dan anak-anak selain mengingatkan jiran tetangga juga  keluarga terdekat tentang penjagaan kesihatan.

Mengisi masa lapang dengan aktiviti berfaedah seperti bersenam selain menggalakkan ahli banyak membaca Al Quraan, buku, akhbar dan kitab. Kerana seseorang yang kurang membaca khususnya kalangan warga emas boleh mendekatkan mereka dengan masalah nyanyok.

*Mengeratkan hubungan dan jaringan dengan badan-badan NGO khususnya pertubuhan kebajikan dan kelab kelab kesihatan yang terdapat di negeri ini.

*Mewujudkan ikatan silaturrahim di kalangan ahli dengan mengadakan lawatan atau kunjungan ke rumah atau ke hospital jika ada antara kalangan ahli ahli persatuan yang sakit, termasuklah ahli keluarga mereka.

*Menganjurkan seminat, ceramah kesihatan, mahupun bengkel kesihatan. Khusus untuk ahli-ahli dan keluarga dengan kerjasama pejabat pejabat Kesihatan Daerah.

*PERKEMAS juga menganjurkan ceramah politik, terutama tentang keselamatan Negara, masa depan Negara dan sebagainya kerjasama Wakil-Wakil Rakyat, Biro Tata Negara dan kalangan mereka yang arif tentang politik semasa.

*Paling penting PERKEMAS juga menganjurkan kelas mengaji Al Quraan bukan sahaja untuk ahli-ahli tetapi terbuka kepada bukan ahli yang berminat mengikuti kelas mengaji Quraan, di bawah kelolaan Biro Agama dan Dakwah.

*PERKEMAS juga menganjurkan ceramah-ceramah agama secara terbuka untuk masyarakat dan ahli ahli untuk menambahkan lagi ilmu.

*PERKEMAS juga menganjurkan aktiviti membaca yassin, marhaban, berzanji, berendoi juga di bawah Biro Agama. Sambutan dari ahli dan masyarakat sekeliling hingga dari negeri Selangor amat menggalakkan dengan mengundang ahli-ahli PERKEMAS mengadakan aktiviti yang serupa terutama berendoi di rumah mereka.

Sejak aktiviti seumpama ini dijalankan sambutan memang menggalakkan, hingga setiap minggu Biro Agama mendapat undangan dari masyarakat keliling.

Bagi memeriahkan, menceriakan dan mengeratkan lagi hubungan antara lagi ahli-ahli warga emas, PERKEMAS menganjurkan majlis sambutan hari lahir untuk yang diraikan 4 bulan sekali, di mana setiap ahli berpeluang mendapat sumbangan hadiah sempena hari lahir mereka.

Lebih menarik, PERKEMAS juga menganjurkan program lawatan di dalam dan luar Negara, bukan bertujuan untuk membazir wang semata-mata, tetapi dijalankan atas permintaan ahli-ahli yang selama hidup mereka tidak pernah dapat melangkahkan kaki menaiki kapalterbang apatah lagi untuk melihat Negara orang. Lawatan ini juga bertujuan untuk menggalakkan mereka melihat keindahan alam ciptaan Allah yang terbentang luas ini dengan pelbagai budaya, bahasa dan rupa bentuk. Selain membandingkan betapa bertuahnya kita rakyat Malaysia yang indah dan aman tenteram ini.

Selain mengadakan program sendiri seperti yang disebut di atas tadi, PERKEMAS juga pernah mengakan program dengan bantuan Jabatan Pembangunan Wanita. Antaranya termasuklah Program keselamtan diri, Pembahagian harga pusaka, Ceramah kesihatan, bengkel membuat kuih dan roti, bengkel kraf membuat kraftangan dari paper, bengkel sulaman manik, bengkel urut selepas bersalin, bengkel menjahit langsir  dan banyak lagi.

Walaupun bengkel ini tidak semua disertai oleh warga emas kerana faktor usia, tetapi bengkel itu disertai oleh ahli keluarga masing-masing, jiran tetangga dan teman-teman yang berminat. Paling utama bengkel dan kursus tersebut banyak member manfaat kepada mereka  yang telah hadir .

PERKEMAS juga mengadakan program khas untuk ahli iaitu Hari keluarga yang diadakan dalam dua kategori, pertama terbuka kepada keluarga dan orang ramai, sementara satu lagi dikhaskan untuk ahli-ahli. Walaupun program ini dianjurkan dua tahun sekali, tetapi sambutan dari ahli-ahli amat menggalakkan.

Bermasa ini dipaparkan rakamkan gambar-gambar berbentuk aktiviti PERKEMAS untuk tetapan ahli juga mereka yang berminat.

 

 

 

Carian pelawat:

  • sumbangan hadiah sempena mendapat cahaya mata

ep2p-2