Peranti Tiruan Samsung & Xiaomi Adalah Paling Banyak Membanjiri Pasaran

Fenomena yang kami rasakan agak aneh tetapi tidak mengejutkan sejak beberapa tahun kebelakangan ini ialah penghasilan telefon pintar tiruan. Ibu kami pernah ditipu di Mekah selepas terbeli sebuah Samsung Galaxy S2 tiruan pada harga yang amat murah. Di Malaysia pihak Oppo kerap mengeluarkan peringatan kepada orang ramai supaya berhati-hari dengan kemunculan peranti tiruan yang dijual oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Palsu-Xiaomi-Samsung

Tetapi jenama manakah yang menjadi mangsa peniruan terbesar? Menurut Antutu, Samsung dan Xioami adalah dua mangsa terbesar. Melalui data yang dikumpul menggunakan aplikasi penanda aras mereka, Samsung di tempat pertama dengan 37.3%. Xiaomi di tempat kedua dengan 30.96% manakala Huawei ditempah ketiga dengan 3.97%.

Model dengan versi tiruan tertinggi pula ialah Xiaomi Mi Note dengan 31.82% diikuti oleh Xiaomi Redmi Note (12%) dan Xiaomi Mi3 (9.39%). Peranti Samsung Galaxy Note 3 di tempat ke empat degam 8.82% diikuti oleh Samsung Galaxy Note 4 dengan (7.01%). Kewujudan peranti Samsung tiruan boleh dikatakan masuk akal kerana peranti mereka adalah mahal tetapi agak aneh peranti mampu milik Xiaomi turut menjadi mangsa peniruan.

Jadi berhati-hatilah apabila membeli peranti pintar anda sekarang. Terdapat penjual yang tidak amanah dalam perniagaan. Pernah suatu masa dahulu jika produk elektronik tiruan dijual, jenama aneh digunakan supaya mereka yang ingin mencari produk sebenar tidak tertipu. Sony menjadi Soni dan Aiwa menjadi Aimai. Janganlah menjadi mangsa dan jadilah pembeli yang bijak.

Palsu-Xiaomi-Samsung-2

 

 



ep2p-5small