PENGAKUAN MAHATHIR – Serang Perdana Menteri kerana terikut trend Twitter dan Blog.

Selepas beberapa tindakan diambil oleh kerajaan terhadap isu fitnah 1MDB, kini perhatian mulai terarah kepada Tun Mahathir yang dikatakan mungkin tidak terlepas dari siasatan pihak berkuasa.

Mahathir sebelum ini amat lantang mengkritik Perdana Menteri Malaysia dengan pelbagai isu termasuklah isu pembunuhan warga Mongolia, Altantuya Saaribu serta isu isteri Perdana Menteri DS Rosmah Mansur.

Walaubagaimanapun, kebanyakan isu yang ditimbulkan oleh Mahathir telah dijawab dengan baik oleh Perdana Menteri dan rakyat dapat melihat bahawa semua hanya sekadar persepsi jahat pembangkang.

Ketika menjawab pertanyaan media mengenai kemungkinan beliau dikenakan tindakan oleh pihak berkuasa negara diatas konspirasi menggulingkan Perdana Menteri, Mahathir dengan selamba menyatakan bahawa dia tidak langsung berasa takut.

“Nak gentar apa, ..kalau baca dalam Twitter atau dalam blog semua orang minta dia (Najib) berhenti, ..kalau dia (Najib) baca dalam itu pun dia tau la orang suruh dia berhenti,” katanya,

Malah Mahathir menafikan beliau mengutip isu-isu pembangkang untuk dijadikan modal untuk menjatuhkan Perdana Menteri dan juga menghuru-harakan negara Malaysia.

“Ini bukan konspirasi (serangan dibuatnya terhadap Perdana Menteri), tetapi saya buat secara bersemuka dan saya fikir patutlah dia (Najib) berhenti (jadi Perdana Menteri).

Mahathir kini menerima tekanan dari PAS yang mahu kerajaan mengambil tindakan terhadapnya. PAS beranggapan bahawa Mahathir juga harus dikenakan tindakan sepertimana Rafizi serta Tony Pua yang lantang mengkritik kerajaan menggunakan isu 1MDB. – Utaranews.com

ep2p-5small