Pembangkang bersedia bubarkan kerajaan negeri?

Keputusan Mesyuarat Majlis Syura Ulamak Di Dalam Isu Hubungan Dengan DAP

Pas terus istiqamah dengan prinsip Islam sebagai rahmat untuk semua yang menegakkan keadilan dan kesejahteraan untuk semua kaum. Oleh kerana itu, PAS konsisten meneruskan hubungan dengan semua pihak menerusi hubungan tahaluf siasi bersama parti politik dan NGO bukan Islam.

Dalam masa yang sama Pas tetap teguh berpegang dengan dasar-dasar Islam ketika berhubung dengan semua pihak.

Namun Majlis Syura Ulamak kesal dengan tindakan-tindakan provokasi berterusan dan keputusan DAP yang mengecam dan melanggar semangat kerjasama Pakatan Rakyat, serta campur tangan dalam aqidah, dasar dan matlamat PAS. Oleh itu, Majlis Syura Ulamak memutuskan bahawa hubungan tahaluf siasi dengan DAP terbatal. Dalam masa yang sama, PAS mengekalkan tahaluf siasi bersama PKR.

Keputusan ini diserahkan kepada Jawatankuasa Kerja PAS Pusat untuk dilaksanakan menurut kesesuaian dan keperluan politik semasa.

Dato’ Dr. Nik Muhammad Zawawi Salleh
Setiausaha Majlis Syura Ulamak,
24 Ramadhan 1436 / 11 Julai 2015

—————————————————————————————————-


p/s: Sudah sah tiada lagi hubungan antara PAS dan DAP. Ini bermakna Pakatan diantara pembangkang hanya tinggal sisa dan kenangan. Jadi apa yang bakal berlaku pada kerajaan Pembangkang di Selangor dan P.Pinang? 



Mampukah PAS membantu mentadbir negeri bersama-sama DAP walaupun mereka kini sudah menjadi musuh? Banyak pemerhati mengatakan keadaan ini akan menjadi lebih serius dan kemungkinan kerajaan negeri dibubarkan adalah sangat tinggi.. Sama-sama lah kita nantikan.

ep2p-5small