Panas! Tunang Cemburu Adegan Terlajak Mesra Shukri Yahaya Dalam Drama #DILB ?


Advertisement

Drama Dia Isteri Luar Biasa yang telah tamat bersiaran masih lagi mencetuskan kontroversi gara-gara drama tersebut dianggap drama maksiat. Ekoran munculnya pendapat sebegitu, Ziela Jalil telah tampil ‘Mohon Maaf Isu #DILB‘ dan berharap penonton mengambil dari sudut positif sahaja berkenaan drama arahannya itu.

tunang shukri yahaya

Baru sahaja ‘Shukri Yahaya Tampil Mohon Maaf Aksi Terlajak Mesra Drama #DILB‘ kini timbul pula isu tunangnya cemburu akan adegan mesra Shukri Yahaya bersama pelakon Fathia latiff dalam drama tersebut. Tunang mana yang tidak cemburu melihat orang kesayangannya mesra dengan orang lain. Tak gitu?, nasib baik setelah Shukri Yahaya bagi penjelasan, tunangnya lebih memahami akan kerjaya dirinya sebagai seorang pelakon.


“Tunang saya cemburu juga tapi dia cemburu disebabkan termakan apa yang orang cakap negatif terhadap drama ini. Sesudah itu apabila diterangkan dia sudah memahami akan kerja dan niat saya ini,”

“Saya sudah cakap dengan tunang untuk menjadi seorang pelakon saya rasa tak perlu ada syarat-syarat itu semua dan semestinya ada batas-batas yang tertentu seperti adegan atas katil, ghairah semua itu saya tak buat walaupun saya bujang. Saya tahu itu akan datangkan masalah dan setakat ini tunang saya faham,”

tunang shukri yahaya

Isu tunang, isteri, suami cemburu memang wujud dalam industri hiburan tetapi semuanya kena bijak dan saling memahami. Kalau hilangya kepercayaan sudah tentu perkara ini menjadi lebih teruk yang membawa kepada perpisahan dan perceraian.

Kami dari Gosip Malaysia berharap Shukri Yahaya lebih bijak dalam memilih watak yang sesuai. Jangan beraksi terlalu mesra dengan pelakon wanita lain, kesian si tunang cemburu buta. Opss!

6 total views, 6 views today

ep2p-2