Panas! Qi Razali Mula Lakukan Persiapan Kahwin?

Advertisement

Umum telah ketahui hubungan cinta antara Qi Razali dan Nelydia Senrose yang semakin hangat bercinta lebih-lebih lagi tersebarnya gosip ‘Qi Razali Tunggu Jawapan Lamaran Diterima Dari Nelydia Senrose‘. Awwww! kenapa terlajak sweet ni.

Malah, Qi Razali sendiri akui perlahan-lahan membuat persiapan.

Kenyataan Nelydia Senrose sebelum ini juga berkenaan keluarga kedua-dua belah pihak akan bertemu sebaik sahaja ibunya itu pulang daripada mengerjakan umrah.

nelydia senrose

“Benar seperti yang Nelydia beritahu sebelum ini, selepas ibu bapanya pulang daripada umrah baru-baru ini, keluarga kami telah pun berbincang antara satu sama lain. Tetapi masih belum ada apa-apa yang pasti kerana perkahwinan bukan perkara main-main”

“Apabila semua sudah ditetapkan, kami berdua tidak sembunyikan berita gembira,”

Walaubagaimanapun, Qi Razali tetap enggan mengulas mengenai perancangan yang dipersetujui oleh mereka berdua kerana tidak mahu dianggap beria-ia dalam menceritakan kisah peribadi dan bakal memberitahu kepada umum apabila tiba waktunya nanti.

nelydia senrose

Seperti pasangan lain yang sudah bersedia ke arah gerbang perkahwinan, kami juga ada pergi ke kedai-kedai emas untuk melihat cincin. Tetapi rasanya, itu bukan satu perkara yang perlu dihebahkan. Semua pasangan bercinta dan berniat mahu kahwin pasti melakukan perkara serupa”

Pendekatan yang diambil oleh Qi Razali dengan tidak menghebahkan kisah percintaannya bersama Nelydia Senrose adalah pendekatan yang terbaik. Jadi peminat juga tidak akan jemu mendengar kisah cinta mereka andai jodoh mereka berdua kekal hingga ke jinjang pelamin. Tak gitu?

56 total views, 56 views today

ep2p-5small