Panas! Maya Karin Bidas Keluhan Zahra ‘Jangan Malu Terpaksa Naik LRT’

Advertisement

Selebriti popular tanah air Maya Karin baru-baru ini tampil bersuara selepas video viral ucapan seorang wanita berusia 23 tahun bernama Zahra yang meluahkan keluhan terhadap kos sara hidup yang semakin meningkat.

Keluhan gadis yang bernama Zahra itu termasuklah terpaksa menaiki LRT untuk ke tempat kerja setiap hujung bulan kerana wang gaji sudah dihabiskan untuk perbelanjaan lain termasuk sewa rumah dan ansuran kereta kepada bapa beliau sendiri.

Keluhan Zahra telah mendapat pelbagai respon positif mahupun negatif dari ramai pihak terutamanya ada yang mengkritik gaya hidup gadis tersebut dikatakan agak mewah pada usia 23 tahun. Isu Zahra ini telah mendapat perhatian dari Maya Karin yang kini kumpul harta RM8 Juta melalui pelaburan hartanah dengan memberikan pendapat berhubung kenyataan Zahra yang terpaksa menaiki LRT untuk ketempat kerja.

Maya Karin Bidas Kata-kata Zahra

Melalui akaun twitter, Maya Karin berpendapat tidak salah untuk gadis tersebut menggunakan khidmat LRT untuk bergerak ke mana mana kerana ianya satu perkhidmatan yang bagus dan beliau sendiri sering menggunakan perkhidmatan itu serta menunggu stesen MRT sekitar tempat tinggal beliau.

Maya Karin Bidas Kata-kata Zahra

Kata-kata dari Maya Karin mendapat respon positif dan ramai penduduk Malaysia bergantung harap kepada kepada perkhidmatan pengangkutan awam termasuk LRT untuk pergi dan balik ke tempat kerja. Malah, kata netizen mungkin Zahra pun boleh mula amalkan setiap hari.

Keluhan dari Zahra mungkin ingin sampaikan realiti kehdupannya selepas perlaksaan GST. Maklumlah kos hidup semakin meningkat dan ramai rakyat terbeban begitu juga dengan artis lain contohnya ‘Kenyataan Panas Awie Tiket Tidak Laku Sebab GST‘ dan ‘Siti Nurhaliza Dedah Masalah Ekonomi Beri Kesan Kepada Simplysiti‘.

66 total views, 66 views today

ep2p-2