Bekas pemain tengah JDT dan Valencia, Pablo Aimar telah mengumumkan persaraan beliau dari bola sepak profesional pada usia 35 tahun.

Bekas pemain kebangsaan Argentina itu kini kembali bermain di tanahairnya dengan kelab River Plate, membuat keputusan itu selepas Jurulatih Marcelo Gallardo tidak menyenaraikan beliau untuk kejohanan piala Copa Libertadores.

Oleh kerana masalah kecederaan yang berterusan, Aimar hanya berjaya membuat dua penampilan untuk pasukan utama sejak menyertai kelab terakhirnya itu pada bulan Mei lalu.

“Mereka memberitahu saya bahawa saya tidak akan berada dalam senarai untuk Copa Libertadores dan saya faham,” Aimar menulis dalam surat terbuka kepada rakan sepasukannya. ” Saya tidak mahu berada atau mengganggu tempat yang sepatutnya boleh diisi oleh orang lain yang lebih layak, Oleh kerana itu, saya mengambil keputusan untuk berhenti bermain secara profesional. ”

Aimar memenangi dua kejuaraan La Liga di bawah Rafa Benitez dan juga mengecapi zaman kegemilangan di Real Zaragoza dan Benfica .