Norman Hakim Bina Badan Sasa Bukan Kerana Ingin Menunjuk-nunjuk!

Advertisement

Jika dilihat makin sasa abang Norman Hakim kita ni mana taknya beliau kini sedang aktif dalam bidang sukan bina badan. Jika dahulu lain sahaja kita lihat namun kini berbeza.

Memiliki tubuh badan yang ‘sado’ bukan lagi perkara asing kerana sudah ramai selebriti kita yang mula menjinakkan diri dalam sukan bina badan.

Jika dilihat melalui laman instagram milik Norman Hakim, beliau sering memuat naik foto dan video dimana beliau menjalani sesi senaman. Norman bagaimanapun memberitahu niat sebenar beliau adalah ingin mengamalkan gaya hidup yang sihat.

Norman Hakim Bina Badan Sasa Bukan Kerana Ingin Menunjuk-nunjuk!

Menarik artikel sebelum:- Norman Hakim Tersentuh Dengan Anak, #MarissaDaniaHakim !

Menurut Norman, beliau sudah lama bergiat aktif dalam bidang sukan malah sejak dibangku sekolah lagi. Minatnya itu diteruskan sehingga kini termasuk dalam sukan bina badan.

“Sebelum menceburi bidang seni, saya memang aktif bersukan sejak di bangku sekolah. Memang minat itu sudah ada dalam diri sejak dahulu lagi. Jadi apabila masuk dalam bidang seni, saya teruskan minat ini, termasuk dalam sukan bina badan.

Selain menjadikan sebagai satu hobi, Norman juga melakukan kerana ibadat. Malah bukan kerana ingin menunjuk-nunjuk.

“Selain minat, saya juga niatkan ia sebagai ibadat. Jadi apabila kita berniat begitu, tidak timbul perasaan riak atau menunjuk-nunjuk. Anak-anak pun suka tengok bapa mereka dalam fizikal seperti adiwira. Mereka selalu minta saya tunjuk otot lengan.

Norman Hakim Bina Badan Sasa Bukan Kerana Ingin Menunjuk-nunjuk!

Selain itu beliau turut berkongsi mengenai cara senaman dan diet pemakanan yang betul kepada orang ramai. Ia sekaligus memberikan Norman motivasi untuk terus mengamalkan gaya hidup yang sihat.

Pada kami tidak salah untuk Norman Hakim berkongsi foto badan sasa beliau di Instagram, mungkin juga ia boleh menjadi sumber inspirasi kepada mereka diluar sana yang selama ini ingin hidup lebih sihat dan mendapatkan susuk tubuh yang lebih menawan.

12 total views, 12 views today

ep2p-5small