Nora Danish Naik Rimas Hubungan Baik Dengan Bekas Mentua Dipertikai

Advertisement

Mungkin ada segelintir yang terkejut dan tidak dapat menyangka hubungan baik antara Nora Danish dan keluarga bekas suami tetap terjalin dengan baik walaupun Nora dan Jejai telah lama berpisah.

Mungkin tanggapan sesetengah pihak, bila dah bercerai kalau tak bergaduh tu memang tak sah kan. Namun, Nora berjaya membuktikan jodoh itu milik Allah dan tiada sebab untuk mereka terus bermasam muka sesama sendiri walaupun telah berpisah. – Wajah Ceria Fasha Sandha Dan Nora Danish Di #rayqalsportsday

Nora Danish Naik Rimas Hubungan Baik Dengan Bekas Mentua Dipertikai

Lagipun Nora dan ahli keluarga jejai bukannya ada buat salah pun, hanya jodoh antara dirinya dan bekas suami tak panjang. Itu sebab mereka berpisah, betul tak?

“Sebenarnya Nora pun dah bosan dengan isu yang tidak sepatutnya timbul ini. Nora sendiri tidak faham, mengapa ada yang beranggapan negatif terhadap hubungan baik Nora dengan keluarga bekas mentua.

“Bukankah anak Nora, Rayqal mempunyai pertalian darah dengan keluarga bekas mentua. Jadi tidak salah sekiranya hubungan Nora dengan mereka masih baik. Nora dah lama kehilangan bapa kandung jadi daddy (bapa mentua) sudah Nora anggap macam daddy Nora sendiri.

“Di samping itu, Nora juga rapat dengan bekas adik-adik ipar Nora sehingga ke hari ini. Jadi tidak salah kalau Nora masih rapat dan mesra dengan mereka semua,” jelasnya.

Nora Danish Naik Rimas Hubungan Baik Dengan Bekas Mentua Dipertikai

Biarkan sahaja Nora dengan mulut-mulut orang yang tak pernah nak diam. Asalkan Nora bahagia dengan cara hidup sebegini itu sudah memadai. Tidak ada guna hidup terus dengan menyimpan dendam mahupun bergaduh, semua itu hanya akan memburukkan lagi keadaan.

Teruskan dengan sikap anda yang happy-go-lucky dan kekal remaja! Chillex gitu di hari lebaran tidak lama lagi.

Artikel terbaru:- 

Hampir Sama, Nora Danish Punyai Kembar Seiras?

6 Koleksi Foto Jelita Nazira Nazrin Mirip Nora Danish!

Nora Danish Naik Rimas Hubungan Baik Dengan Bekas Mentua Dipertikai

9 total views, 9 views today

ep2p-5small