Nasrudin Tantawi bagi amaran pada pengikut Mat Sabu.

Ketua Penerangan Pas, Nasrudin Hassan hari ini memberi amaran kepada pemimpin Pas yang terlibat dengan parti Gerakan Harapan Baru (GHB) agar keluar dari parti Islam itu sebelum dipecat.

Nasrudin berkata, dengan menubuhkan parti baharu itu jelas menunjukkan mereka tidak setia kepada parti dan hanya mementingkan jawatan dalam parti.

Oleh itu, mereka ini perlu keluar dari parti kerana tiada lagi kepentingan untuk mereka terus menjadi ahli Pas.

“Itu hak mereka menubuhkan parti baharu, itu pilihan mereka. Cuma pada asasnya, apabila menubuhkan serta menyertai sebuah parti baharu yang diluluskan Pendaftaran Pertubuhan (RoS), mereka akan secara automatik digugurkan keahlian mereka dalam Pas.

Sehubungan itu, lebih wajar mereka untuk keluar parti sekarang. Sudah jelas mereka melakukan pengkhianatan terhadap jemaah dan tidak boleh memberi kesetiaan kepada Pas, jadi apa guna lagi menjadi ahli,” kata Nasrudin.

Pengerusi GHB, Mohamad Sabu semalam merasmian perlancaran parti itu yang dibarisi pemimpin progresif daripada Pas yang tersingkir pada pemilihan parti bulan lalu.

Mohamad Sabu atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu berkata, penubuhan parti baharu ini sebagai wadah atau entiti menggerakkan semula kerjasama parti politik.

“Harapan Baru akan mengasaskan satu penubuhan parti politik baharu yang berteraskan Islam bagi mencapai matlamat tersebut.

“Harapan Baru akan mengukungi Islam yang syumul dengan pendekatan inklusif, progresid dan peduli rakyat,” kata Mat Sabu.-Utaranews.com-

ep2p-2