Mufti Perlis mahu Umat Islam tolak politik rasis..

Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin hari ini menasihati rakyat di negara ini agar memilih ahli politik yang tidak menggunakan isu kaum dan agama sebagai perjuangan parti demi masa depan Malaysia.

Asri berkata, jika masih ada ahli politik yang menjadikan isu kaum dan agama sebagai senjata membangkitkan kebencian rakyat, maka rakyat Malaysia perlu menentangnya demi masa depan negara ini.

“Untuk masa depan Malaysia, ahli-ahli politik yang suka menjadikan isu kaum dan agama sebagai senjata membangkitkan kebencian antara rakyat hendak ditentang oleh kita semua,” kata Asri menerusi status di laman Facebook miliknya.

Menurut Asri, terdapat pemimpin parti yang sering meniup api perkauman sejak pilihan raya lalu.

Tambahnya, selepas pemimpin ini berjaya dalam pilihan raya lalu dan memperoleh jawatan, pemimpin terbabit mula menunjukkan sikap rasist.

Oleh itu, beliau menasihati rakyat agar menentang pemimpin yang mempunyai sifat rasist dan meniupkan api perkauman.

“Hasilnya, api kebencian antara kaum mula semarak khususnya dalam jiwa anak-anak muda.

“Tangan-tangan siapakah gerangan yang cuba membangkitkan permusuhan kaum dan juga satu pihak lagi mereka yang cuba memperlihatkan sentimen anti agama tertentu khususnya Islam,bertanggungjawab terhadap perasaan kebencian antara kaum dan agama yang sudah mula subur,” katanya.

Andy percaya, kenyataan Mufti Perlis ini ditujukan kepada pemimpin DAP yang dilihat sering menggunakan isu kaum dan agama.

Perkara ini jelas apabila pentadbiran DAP di Pulau Pinang pilih kasih apabila kaum Cina mula diberikan layanan istimewa di negeri itu dan kaum Melayu sering diusir di negeri itu.

Selain itu, penolakan pelaksanaan hukum hudud juga jelas apabila mereka sanggup memutuskan hubungan dengan Pas dan mula menunjukkan kuasa dengan memecat wakil Pas dari jawatan kerajaan negeri Pulau Pinang.-AndyBolat/Utaranews.com-

ep2p-2