#MH17 – Laporan Jawatankuasa Siasatan Dijangka Siap Oktober!!

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai mengumumkan Laporan Jawatankuasa Siasatan tragedi MH17 dijangka siap Oktober ini. 

Berikutan dakwaan ramai pihak yang menyalahkan Syarikat Penerbangan MAS kerana menggunakan ruang udara bergolak Ukraine, Tiong Lai menjawab “penerbangan tersebut mendapat kelulusan trafik udara dan MAS telah mematuhi prosedur yang ditetapkan”.

Pada waktu kejadian, bukan pesawat MH 17 sahaja yang berada di udara. Dihadapan MH 17 ada sebuah pesawat, di belakang pun ada sebuah pesawat. Manakala ada beberapa buah lagi oesawat datang dari arah bertentangan… Adakah kita mahu menyalahkan takdir maha esa kerana menjadikan MH17 sebagai mangsa?sudah tentu tidak patut…

Tiong Lai mengesa agar orang ramai tidak menyebarkan khabar angin tentang tragedi dan siasatan itu, “Hormatilah keluarga mereka yang terkorban kerana dengan menyebarkan dakwaan yang tidak berasas itu, perasaan mereka akan lebih terluka” ujar Tiong Lai ketika ditemui di majlis rumah terbuka Aidikfitri di Seri Perdana, kediaman Rasmi Perdana Menteri semalam…

Kerajaan mengetahui apa yang perlu dilakukan ketika ini, semua orang tahu kesemua 298 penumpang dan anak kapal maut yang mana majoriti penumpang rakyat Belanda. Jadi bersabarlah dan tunggu laporan siasatan selesai..

ep2p-5small