Menyedihkan! Gara-gara Rumah Terbakar, Keluarga Zero Pindah Ke Kuala Lumpur

Advertisement

Sebulan yang lalu ‘Rumah Keluarga Zero Hangus Terbakar Di Sabah‘ dan menyebabkan kumpulan Zero terpaksa membawa ahli keluarga mereka untuk berpindah di Kuala Lumpur. Disebabkan kejadian kebakaran tersebut, ibu dan empat adiknya berpindah masuk kerumahnya di Kota Damansara semenjak seminggu yang lalu. Elok juga keputusan yang diambil memandangkan tidak lama lagi umat Islam bakal menyambut hari raya Aidilfitri. Cuba bayangkan sekiranya sambut 1 Syawal dalam keadaan yang menyedihkan dimana harta benda musnah hanya dalam sekelip mata kerana kebakaran.

Rumah Terbakar, Keluarga Zero Pindah Ke Kuala Lumpur

“Sebelum ini mereka terpaksa tinggal di tempat penempatan sementara yang disediakan kerana kerja-kerja pembaikkan hanya boleh dilakukan selepas Hari Raya.

“Biarpun ibu saya agak keberatan tetapi dia faham perpindahan itu hanyalah sementara dan selepas semuanya kembali seperti sedia kala mereka akan kembali ke Sabah,”

Disebabkan kejadian itu juga, perkahwinan Syaiful terpaksa ditangguhkan dan hanya bernikah sahaja terlebih dahulu. Namun selepas Aidilfitri nanti, mereka semua akan pulang ke Sabah untuk meraikan majlis perkahwinan Saiful disana.

Kami di Gosip Malaysia mendoakan keadaan pulih seperti sedia kala. Semoga semuanya tabah dalam menerima takdir Allah, yang penting jangan sesekali berputus asa dalam menghadapi ujiannya.

74 total views, 74 views today

ep2p-5small