Menari Di Hadapan Penyokong Liverpool Cuma Eksperimen Sosial

Kuala Lumpur – Stesen Radio Hitz Fm mendedahkan lelaki yang melakukan aksi berani di hadapan ribuan penyokong Liverpool pada perlawanan persahabatan antara kelab Liga Perdana Inggeris Liverpool dan Pilihan Malaysia di Stadium Putra Bukit Jalil, Jumaat lalu adalah satu eksperimen sosial.

 

Melalui laman sosial Facebook hari ini, Hitz Fm memuatnaik gambar deejay bersama lelaki tersebut yang mengenakan jersi pasukan Manchester United dan menari di hadapan penyokong Liverpool.

 

Hitz Fm yang terkenal dengan program ‘Gotcha Calls’ mengesahkan lelaki tersebut diupah sebagai satu eksperimen sosial.

 

Gambar tersebut disertai deejay pagi iaitu Tengku Mohd Ean Nasrun, juga dikenali sebagai Ean, Ryan De Lewis, dikenali sebagai RD dan Ryan Matjeraie dimuat naik lapan jam lalu dan mendapat ucapan dan kritikan daripada netizen.

 

Gambar tersebut mendapat 4,000 tanda suka dan 639 dikongsi.

 

“U guys Gotcha the whole Malaysian la… Dammit.. Ha ha ha.. #terkena,” komen seorang netizen, Abdul Salem.

 

Bagi Joarth Joseph Leonard, beliau menganggap ujian tersebut adalah baik bagi melihat penerimaan orang.

 

Dinesh Dharmasegaran seperti menjangkan keadaan ini kerana penyokong MU tidak akan melakukan tindakan bodoh itu.

 

Bagaimana pun, tidak semua netizen menyokong tindakan Hitz Fm dan menyifatkannya sebagai merendahkan martabat dan memalukan penyokong bola sepak.

 

Hairul Schweinsteiger berkata, eksperimen sosial Hitz Fm seperti memalukan penyokong bola sepak.

 

“Jangan bercakap atau terlibat dalam bola sepak jika anda bukan penyokong bola sepak sejati,” katanya.

 

Bagi Divakar Sivasubramaniam, beliau menganggap tindakan itu adalah tidak profesional dan tidak kelakar.

 

“Apa akan jadi jika lelaki itu ditendang? Amat memalukan, publisiti murahan dan kesal dengan tindakan kelas bawahan ini.

 

“Disebabkan perkara ini ramai penyokong Red bertengkar dengan penyokong MU. Saya tidak percaya,” katanya.