Media Asing buat tuduhan jahat untuk jatuhkan Najib dan kerajaan BN.. – KJ

Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar hari ini mengesahkan bahawa Kabinet telah sebulat suara bersetuju supaya Datuk Seri Najib Razak meneruskan khidmatnya sebagai Perdana Menteri sepanjang sisatan dijalankan.

Khairy yang ditanya media mengenai adakah Najib perlu direhatkan ketika siasatan dilakukan berkata, Kabinet telah bersetuju supaya Najib tidak bercuti dan meneruskan khidmatnya sepanjang siasatan dijalankan oleh Pasukan Petugas Khas berhubung dakwaan oleh Wall Street Journal (WSJ).

“Tidak, saya rasa Kabinet sangat bersatu dalam pandangan membenarkan proses berjalan seperti yang diperlukan,” jelas Ketua Pemuda Umno itu.

Khairy turut menjelaskan mesyuarat Kabinet yang telah diadakan turut membincangkan dakwaan yang dibuat oleh WSJ dan mempertimbangkan untuk diambil tindakan undang-undang.

Katanya, seperti orang ramai tahu, tuduhan yang dilakukan WSJ adalah tidak berasas dan berniat menjatuhkan Najib sebagai perdana menteri dan juga presiden Umno.

“Najib menjelaskan kepada kami yang beliau sedang mempertimbangkan untuk mengambil tindakan undang-undang seperti yang kita semua tahu,” katanya.

Beliau yang mengulas lebih lanjut berkata, Perdana Menteri menyerahkan sepenuhnya kepada Pasukan Petugas Khas untuk melakukan siasatan bagi menyelesaikan kemelut yang berlaku.-Utaranews.com-

ep2p-2