Mat Sabu lebih percayakan Anwar dan Kit Siang berbanding Ulama PAS.

Pengerusi Gerakan Harapan Baru (GHB), Mohamad Sabu hari ini tampil membidas pemimpin Pas yang mengatakan parti baru yang ditubuhkan beliau bersama pemimpin Pas yang tewas pada Muktamar lalu tidak kekal lama mengatakan parti baru itu akan kekal lama dibawah muafakat bersama PKR dan DAP.

Mohamad Sabu atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu berkata, penubuhan parti itu selari dengan hasrat yang dimahukan oleh Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Veteran DAP, Lim Kit Siang.

Tambah Mat Sabu, penubuhan GHB adalah untuk menyatukan semula kerjasama politik yang telah dihancurkan oleh parti Islam sebelum ini.

“Kenyataan kedua-dua pemimpin itu selari dengan hasrat Harapan Baru yang mahu menghidupkan semula gerakan kerjasama parti-parti politik, NGO dan rakyat dengan lebih utuh selepas Pakatan Rakyat terkubur,” kata bekas timbalan presiden Pas itu.

Menurut Mat Sabu, penubuhan GHB juga untuk memberi harapan baru kepada pengundi Pas yang mahukan Pas bekerjasama dengan DAP dan PKR pada pilihan raya umum (PRU) akan datang.

“Maka bagi HArapan Baru, pembentukan muafakat baru seperti yang dinyatakan, memimpin kebangkitan rakyat dan anak muda dalam misi ‘menyelamatkan Malaysia’,” katanya.

Sebelum ini beberapa pemimpin Pas menyatakan penubuhan GHB bakal membawa kerugian kepada pemimpin GHB itu sendiri kerana parti itu akan terkubur dek tidak mendapat sokongan rakyat.

GHB ditubuhkan oleh pemimpin Pas yang tewas pada pemilihan Muktamar pada awal Jun lalu.-Utaranews.com-

ep2p-2