Masalah Paparan Skrin Selepas Kemas Kini Windows 10? – Ini Penyelesaiannya

Selamat pagi dan saya menulis artikel ini sambil menggunakan PC yang diperkasakan Windows 10. Proses kemas kini yang kami lakukan semalam agak bermasalah kerana beberapa kali mengalami kegagalan. Artikel tentang masalah mengemas kini akan ditulis sebentar lagi tetapi saya akan terlebih dahulu menulis tentang masalah kad grafik.

Desktop-Dualk

Selepas kemas kini dilakukan saya menyedari Windows 10 tidak menyokong PC yang menggunakan dua ataupun lebih skrin komputer. Sebagai pengguna tegar dua skrin serentak ini mendatangkan masalah kepada produktiviti saya. Jangan risau masalah ini sudah berjaya saya selesaikan dan sekiranya anda turut mengalami masalah ini, saya ada jawapannya.

Masalah berlaku kerana driver yang tidak bersesuaian digunakan oleh WIndows. Pihak Nvidia, AMD dan Intel telahpun mengeluarkan driver baru khas untuk Windows 10 bagi menyelesaikan masalah ini. Berikut adalah pautan kepada driver yang perlu anda muat turun bagi menyelesaikan masalah ini

 

 




ep2p-2