Mahathir akhirnya mengaku mahu gulingkan Perdana Menteri Malaysia..

Tun Dr Mahathir Mohamad menolak untuk bercakap mengenai konspirasi berhubung usahanya bagi menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Saya secara terbuka menggesa beliau untuk meletakkan jawatan. Tiada konspirasi. Ia hanyalah pengakuan terbuka kepada seluruh negara bahawa saya mahu melihat Najib tidak lagi menjadi Perdana Menteri.

“Semuanya adalah secara terbuka. Tiada keperluan untuk berkomplot. Terdapat usaha secara terbuka untuk menggesa beliau meletakkan jawatan Perdana Menteri,” kata bekas perdana menteri itu menerusi blognya, Chedet.cc pada Isnin.

Dr Mahathir berkata, tiada keperluan untuk menggesa siasatan dilakukan, atau menghubungi penyiasat atau ejen khas bagi membongkarkan sebarang konspirasi kerana gesaan untuk Najib supaya berundur “diketahui semua orang”.

Didalam blognya juga, Mahathir mendakwa bahawa wang yang didepositkan ke dalam satu akaun bank peribadi digunakan oleh Umno dalam pilihan raya umum lalu.

“Tidak ada penafian wang itu telah didepositkan ke dalam akaun peribadi. Penjelasan kepada Umno bahawa ia untuk pilihan raya itu. Umno seolah-olah berpuas hati.

“Tidakkah mereka tahu bahawa duit kerajaan tidak boleh digunakan untuk membantu parti politik menang pilihan raya?” kata Dr Mahathir dalam tulisan dalam blognya.

“Tetapi duit itu daripada sumbangan. Siapa yang sumbang duit RM2 bilion itu? Tak ada jawapan,” katanya lagi yang dipercayai ditujukan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak.

ep2p-2