Lim Guan Eng kini jadi Tak Matang dimata pemimpin PAS.

Setiausaha Majlis Syura Ulama Pas, Datuk Muhammad Nik Zawawi Salleh dalam satu kenyataan menyifatkan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng sebagai tidak matang kerana mendakwa Pas memberi sokongan kepada Barisan Nasional (BN) dalam isu 1MDB.

Beliau berkata, Lim tidak sepatutnya bertindak demikian sebaliknya bersikap seperti ‘jantan’ dengan tidak memalitkan satu-satu kesalahan kepada orang lain dengan pelbagai tuduhan yang tidak berasas.

“Bertindak biarlah seperti orang yang matang,” katanya media tempatan.

Sebelum itu, Lim menerusi portal berita dilaporkan mendakwa BN kini tidak teragak-agak bertindak terhadap pembangkang berhubung isu 1MDB ekoran mendapat sokongan daripada Pas.

“Saya mengucapkan tahniah kepada BN kerana mendapat sokongan daripada Pas dan Datuk Seri Abdul Hadi Awang,” kata Lim pada sidang media di Georgetown.”

Lim yang juga Setiausaha Agung DAP yang belum disahkan jawatan itu berkata demikian kepada pemberita sebagai mengulas larangan ke luar negara oleh Jabatan Imigresen terhadap Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara dari DAP, Tony Pua dan Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli serta pemilik kumpulan media The Edge, Tong Kooi Ong.

Sebelum ini, Majlis Syura Ulama PAS membuat keputusan bahawa hubungan tahaluf siyasi atau kerjasama politik parti itu dengan DAP terbatal namun pihaknya masih mengekalkan hubungan tahaluf siyasi dengan PKR.

Tindakan PAS yang memutuskan hubungan tahaluf siyasi atau kerjasama politik dengan DAP dalam pakatan pembangkang adalah satu keputusan yang betul dan selaras dengan kehendak Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. – UtaraNews.com

ep2p-2