Lester Melanyi dedah penipuan Sarawak Report kerana sayangkan negara.

Lester Melanyi hari ini mengaku mempunyai hubungan dengan Sarawak Report (SR) berhubung pendedahan pemalsuan dokumen 1MDB.

Bekas editor Sarawak Report itu memaklumkan beliau mempunyai bukti kukuh mengenai perbualannya bersama Editor Sarawak Report, Clare Rewcastle Brown berhubung pendedahan pemalsuan dokumen 1MDB.

Melanyi berkata, apa yang didedahkan oleh Pengarah Komunikasi Nasional (BN), Datuk Abdul Rahman Dahlan adalah benar kerana dirinya mempunyai bukti kukuh perbualan menerusi emel komunikasinya dengn Brown.

Tambah Melanyi, menerusi perbualan telefon dan emel bersama editor SR itu, Brown pernah membincangkan mengenai pemalsuan dokumen 1MDB bersama, tetapi beliau mempersoalkan mengapa SR mahu melakukan perkara tersebut.

“Saya tanya Brown kenapa hendak melakukan perkara itu?” soal Melanyi.

Rahman Dahlan sebelum ini membuat pendedahan mengenai suatu klip video pengakuan Melanyi mengenai pemalsuan dokumen berhubung 1MDB yang bersekongkol dengan parti pembangkang untuk menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Dalam video tersebut, Melanyi mendedahkan kewujudan seorang jurugarfik pakar yang membuat dokumen palsu.

Kenyataan dari Melanyi ini jelas menunjukkan bahawa SR memang mempunyai niat jahat bagi menjatuhkan perdana menteri yang disokong dan didokong oleh pihak tertentu yang mementingkan kepentingan diri. -Utaranews.com-

ep2p-5small