Lelaki naik hantu belasah surirumah kerana parking

Baru aje cerita pasal seorang gadis langgar kereta seorang pak cik dan respon pak cik tu untuk bayar ganti rugi dengan bersedekah untuk langsai ganti rugi semalam.

Ni timbul pula seorang lelaki digelar ‘Faizal Gila’ naik hantu mengamuk dan belasah seorang pemandu perempuan!!

Mak oiiii!!! Buruknya perangai!!! Faizal, 43 tu mengamuk sebab kereta di terhalang dengan kereta perempuan tu. Kejadian tu terjadi di flat Sri Kedah, Taman Melati, Wangsa Maju.

Faizal tu pula dikatakan terlanggar kereta milik perempuan tu and then perempuan tu pun minta ganti rugi dengan Faizal tapi dibelasah pula oleh Faizal. Kalau berang pun jangan pukul-pukul!! Dah la mangsa tu perempuan, seorang suri rumah pula tu. 

Tapi Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Superintendan Mohamad Roy Suhaimi Sarif kata, Faizal tu saja aje langgar kereta perempuan tu sebab kereta perempuan tu halang kereta dia. Cehhh… Busuk hati betul!! Cakap baik-baik tak boleh ke kan!

“Mangsa kemudian meminta ganti rugi daripada suspek berikutan kerosakan teruk dialami. Namun suspek tiba-tiba berang dan memanjat naik ke atas kereta mangsa.” kata beliau.

Itulah kann…, susah dah nak jumpa macam pak cik yang baik hati macam kes hari tu kan. Satu dalam sejuta! – MissHana/Utaranews.com

ep2p-5small