Kukuhkan Karier Terlebih Dahulu Sebelum Rancang Kahwin – Fattah Amin

Advertisement

Kukuhkan Karier Terlebih Dahulu Sebelum Rancang Kahwin – Fattah Amin | Siapa yang tidak kenal dengan pelakon kacak Fattah Amin yang sememangnya menjadi kegilaan ramai. Tapi sayang sudah berpunya. Hubungan cinta antara pelakon Fattah Amin dan Sherry Ibrahim bukan lagi rahsia. Pasangan sama cantik sama padan ini dilihat begitu serasi dan tidak hairan jika ada yang mendoakan agar hubungan mereka sampai ke jinjang pelamin.

Bagi pelakon kacak Fattah Amin pula, beliau ingin memperkukuhkan karier lakonannya terlebih dahulu sebelum merancang untuk berkahwin dengan teman wanitanya, aktres Sherry Ibrahim.

Menarik artikel sebelum:- Fattah Amin Dikritik Teruk Kerana Nyanyian!

Kukuhkan Karier Terlebih Dahulu Sebelum Rancang Kahwin - Fattah Amin

Pelakon Fattah Amin.

Menurutnya lagi masih terlalu awal untuk berbicara soal perkahwinan memandangkan masing-masing belum ada perancangan untuk ke arah itu.

“Rasanya masih terlalu awal untuk bercakap soal perkahwinan kerana perancangan ke arah itu masih belum ada.

“Ini kerana saya ingin memperkukuhkan karier terlebih dahulu dan masih banyak yang ingin saya capai sebelum berkahwin,”.

Tambah Fattah Amin, hubungan mereka kini berjalan seperti biasa dan masih dalam proses mengenali hati budi masing-masing.

“Hubungan kami seperti biasa tetapi belum sampai tahap merancang untuk berkahwin kerana ingin memberi ruang kepada diri masing-masing mengejar cita-cita terlebih dahulu,” jelasnya.

Dalam pada itu, Fattah berkata, dia bimbang gandingan terlalu kerap bersama Sherry dalam drama akan membuatkan penonton bosan.

“Bukan apa, apabila kami ada hubungan peribadi di luar set. saya bimbang ia akan terbawa-bawa sehingga menganggu sikap profesional sebagai pelakon.

“Saya juga bimbang penonton akan berasa bosan yang pada akhirnya akan memberi kesan kepada karier kami,” jelasnya.

Pasangan itu sebelum ini pernah bergandingan dalam drama bersiri Cinta Ibadah dan Manisnya Bulan Madu.

19 total views, 19 views today

ep2p-5small