Konspirasi jatuhkan Kerajaan : Dua pemimpin pembangkang disekat keluar negara.

Penyiasatan pihak berkuasa berhubung konspirasi untuk menjatuhkan kerajaan dipercayai membabitkan dua ahli Parlimen pembangkang, Tony Pua dan Rafizi Ramli. Justeru, Jabatan Imigresen menyekat kedua-dua ahli Parlimen itu untuk ke luar negara.

Kenyataan tersebut telah dirujuk daripada Sumber Kementerian Dalam Negeri ketika dihubungi dan mengesahkan perkara itu namun enggan mengulas lanjut kerana Jabatan Imigresen akan mengeluarkan satu kenyataan akhbar berhubung larangan tersebut dalam masa terdekat, lapor Utusan Malaysia.

Malah, status Tony dan Rafizi yang disemak menerusi laman sesawang Jabatan Imigresen pula tertera arahan “Sila rujuk kepada pejabat Imigresen terdekat.”

Semalam, Tony mengesahkan beliau telah ditahan pegawai Jabatan Imigresen di Klia2 ketika mahu ke Jogjakarta, Indonesia bagi menghadiri festival ke­senian.

Tony ketika sidang akhbar bersama pemberita di Ibu Pejabat DAP menyatakan tindakan Imigresen itu terhadapnya berkait rapat dengan kritikan beliau terhadap 1Malaysia Development Berhad (1MDB) kerana dakwanya, beliau tidak mempunyai sebarang kesalahan jenayah untuk diperlakukan sedemikian.

“Ini adalah pencabulan terhadap kebebasan saya dan satu bentuk penyalahgunaan kuasa. Mereka langsung tidak memaklumkan kenapa saya dilarang ke luar negara dan saya mahu Kementerian Dalam Negeri bertanggungjawab di atas perkara ini,” katanya.

Tony berkata, mengenai perkara tersebut, beliau akan mengenakan tindakan undang-undang ke atas Jabatan Imigresen serta Kementerian Dalam Negeri dan akan berbincang dengan peguam DAP. – UtaraNews.com

ep2p-2