Kit Siang takut kes #lowyat bertukar jadi seperti13 Mei..

Insiden rusuhan yang berlaku di Low Yat pada sabtu lalu mengingatkan Pemimpin Veteran DAP, Lim Kit Siang terhadap peristiwa berdarah 13 Mei 1969 yang melibatkan kaum Melayu dan kaum Cina.

Kit Siang berkata, dengan kejadian yang berlaku pada Sabtu lalu telah mengingatkan beliau kepada peristiwa 13 Mei 1969.

Katanya, peristiwa yang berlaku pada 13 Mei itu terjadi seperti insiden di Low Yat ini apabila kes yang kecil diperbesar-besarkan.

Menurutnya, peristiwa seperti ini tidak sepatutnya berlaku lagi-lagi pada bulan yang mulia ini.

“Apa yang penting, insiden ini tidak patut berlaku.

“Ini bermula sebagai jenayah mengenai telefon kemudian jadi insiden perkauman. Ini pertama kali sejak beberapa dekad dan sama ada kita pandang ringan atau serius.

“Insiden ini mengingatkan saya 13 Mei, sama seperti disini, bagaimana kes kecil jadi isu besar,” kata Kit Siang ketika melakukan lawatan ke Plaza Low Yat hari ini.

Kit Siang pernah menjadi pencetus kepada tragedi berdarah 13 Mei itu selepas beliau ‘kencing’ di tiang bendera di depan rumah bekas menteri besar Selangor, Datuk Harun Idris.

Selain itu, beliau juga melaungkan slogan ‘anti-Melayu’ dalam perarakan yang diadakan pembangkang ketika itu.

Ekoran tindakan itu, Kit Siang ditangkap dan ditahan oleh pihak polis dan disiasat dibawah akta ISA.-Utaranews.com-

ep2p-5small