Kisah Syawal, Ayda Jebat Bakal Buat Rumah Terbuka Di Melaka!

Advertisement

Ramadhan bakal melabuhkan tirai, kini pelakon popular yang baru sahaja di landa kontroversi ‘Video Pelukan Erat Ayda Jebat Dan Zul Ariffin Dalam M.A.I.D‘ akan bercuti selama seminggu bagi meraikan lebaran bersama keluarga di Batu Brendam, Melaka.

Berlainan dengan ‘Che Ta Sekeluarga Tempah 60 Pasang Baju Raya‘, Ayda Jebat menyambut hari raya dengan sederhana sama seperti tahun-tahun sebelumnya.

“Keluarga saya tidak besar dan tidak seramai dahulu lagi. Lebih-lebih lagi datuk dan nenek sudah tiada. Jadi saya hanya balik ke rumah makcik dan pakcik,”

ayda jebat buat rumah terbuka raya

Bergelar artis yang cukup dikenali membuatkan Ayda Jebat teruja menyambut raya tahun ini dan tidak ingin melepaskan peluang berkongsi rezekinya bersama keluarga. Maklumlah yang terbaru ‘Hasil Kerja Keras, Ayda Jebat Miliki Rumah Sendiri‘.

“Saya bantu keluarga buat persiapan raya dan semestinya akan lebihkan adik lelaki, sebab dia paling kecil dan manja,”

Berita baik buat peminatnya di Melaka apabila Ayda Jebat akan mengadakan rumah terbuka, jadi rebutlah peluang ini untuk bertemu pelakon kesayangan anda. Semoga apa yang dirancang Ayda Jebat berjalan dengan lancar.

86 total views, 86 views today

ep2p-2