KISAH MARTUNIS, SI ANAK TSUNAMI BAKAL PEMAIN BOLA HANDALAN DUNIA

Disember 2004, dunia dikejutkan dengan bencana tsunami. Wilayah Acheh di Sumatera Utara, Indonesia lah yang paling teruk dibadai.
Piala Tiger 2004 sedang berlangsung, dan seisi warga Asia Tenggara sedang mengikuti perkembangan temasya dwi-tahunan tersebut.

Seorang budak lelaki berusia 8 tahun, berseorangan terkapar di lautan. Berpaut pada sisa-sisa bumi yang hanyut dibadai ombak tsunami. Kelangsungan hidup anak kecil itu diteruskan dengan menjamah sisa-sisa makanan, juga yang berhanyutan di lautan lepas.

Selama 21 hari lamanya, anak kecil itu berada di laut sebelum ditemui selamat.
Anak ajaib itu yang bernama Martunis, dijumpai selamat sambil memakai jersi Portugal tertera nama Rui Costa siap bernombor 10.

Martunis small

Kisah Martunis, yang selamat ditemui bersama jersi Portugal mendapat liputan meluas.
Nun jauh di Semenanjung Iberia, kisahnya menjadi viral.
Bila ditebak soalan, apa yang buatkan anak muda itu begitu tabah, Martunis kata beliau sangat mahu bertemu dengan ahli keluarganya semula selain punyai cita-cita menjadi pemain bola sepak.

Kerana itu, beliau perlu terus hidup.
Bintang bola sepak Portugal, Cristiano Ronaldo yang tersentuh dengan cerita lara anak kecil itu, dengan murah hati telah membiayai pembinaan semula rumah keluarga Martunis yang telah ranap.

Martunis dibawa ke Portugal dipertemukan dengan anggota skuad kebangsaan Portugal termasuk Cristiano Ronaldo sendiri.
Tuah buat Martunis untuk mengejar impiannya menjadi pemain bola sepak.

Martunis kids

Lama selepas bencana tsunami 2004…

Kelab asal Cristiano Ronaldo, Sporting Lisbon telah mengumumkan Martunis sebagai pemain remajanya. Martunis kini menganggotai skuad bawah 19 tahun Sporting Lisbon.

MArtunis 1

Credit : Retro Bolasepak

13 total views, 13 views today

Comments

comments

ep2p-2