Kesebelasan Utama Harimau Malaya Jika Diwakili Pemain Naturalisasi

Sam Somerville telah diberi peluang oleh JDT untuk menjalani ujian bersama kelab tersebut. Sam Somerville  ialah penjaga gol kelahiran inggeris yang mewakili Slough Town di Southern Football League Premier Division di England.

Neneknya merupakan orang tempatan yang berasal dari Kedah. Beliau sebelum ini menyatakan minat untuk mewakili Malaysia jika diberi peluang.

Setakat ini pemain seperti Brendan Gan dan Junior Eldstal telah mendapat peluang mereka.

Sebenarnya ramai pemain luar yang ada kaitan asal usul dari Malaysia atau ‘Malaysian roots’ berpontensi untuk dinaturalisasikan oleh FAM untuk bermain dengan Harimau Malaya. Ada dari mereka suarakan hasrat berminat untuk bermain untuk Malaysia.

Agak menarik jika kita senaraikan barisan Malaysia XI jika kesemua pemain-pemain luar ini bermain untuk Malaysia.

Berikut adalah senarai pemain yang berpotensi bermain untuk negara kecuali Shaun Maloney yang telah menjadi milik Scotland.

Beberapa nama tidak termasuk dalam senarai kesebelasan utama ini seperti Sam Somerville, pertahanan Pahang Matthew Davies, Ben King iaitu pemain pertahanan yang pernah diuji JDT dan Sarawak.

Penjaga Gol: Syed Adney

Penjaga gol ATM ini dilahirkan di Liverpool, England tetapi memulakan karier di Malaysia. Beliau telah diberi peluang mewakili Harimau Malaya pada tahun 2007.

Pertahanan kanan: Dion Cools

Pemain yang mempunyai reputasi yang tinggi bagi negara, Cools dilahirkan di Kuching tetapi berpindah ke Belgium iaitu negara kelahiran bapanya semasa beliau masih kecil. Beliau telah mewakili Belgium bawah-19 and dah baru sahaja menyertai kelab diliga utama Belgium iaitu Club Brugge. Menurut beliau, FAM masih belum menghubunginya berkenaan tawaran untuk mewakili Harimau Malaya.

Pertahanan Tengah: Junior Eldstal

Pemain sepatuh Sweden ini merupakan defensive midfielder, juga boleh bermain sebagai pertahanan kembali ke Malaysia pada 2013 selepas bermain di division bawah di England. Sekarang mendapat peluang mewakili Harimau Malaya pada kempen kelayakan Piala Dunia 2018.

Pertahanan Tengah: Curran Ferns

Pemain Brisbane City di Liga Austalia ini merupakan saudara mendiang Karpal Singh dan pernah mendapat percubaan di kelab Johor Darul Ta’zim tetapi dilaporkan mendapat kecederaan ketika itu.

Pertahanan Kiri: Daniel Ting

Selepas menghabiskan masa yang lama bermain di Liga Bawahan England, pertahanan separuh English, Ting mengambil keputusan ini mencuba bermain di Malaysia. Beliau telah menjalani ujian bersama Sabah dan Sarawak, negeri kelahiran bapanya.

Sayap Kanan: Wan Kuzain Wan Kamal

Wan Kuzain menjadi terkenal kerana aksi lincahnya di dalam video You Tube menjadi viral. Selepas memulakan kariernya di US Soccer Academy, beliau telah mendapat ujian di kelab Belanda, Feyenoord dan seterusnya mendapat panggilan dari USA untuk mewakili pasukan bawah 17 mereka.

Tengah: Tadashi Takeda

Pemain kelahiran Jepun ini bermain sebagai defensive midfielder di kelab division dua Jepun, Fagiano Okayama.Beliau tidak pernah berpeluang bermain untuk Japan.

Tengah: Brendan Gan

Brendan Gan telah menjadi warganegara Malaysia untuk bermain bersama Kelantan sebagai pemain tempatan pada 2014. Gan masih belum berpeluang mewakili Harimau Malaya tetapi telah berpeluang bermain untuk skuad bawah 23 tahun pada Piala Asia tahun lepas.

Sayap Kiri: Tam Sheang Tsung

Lahir di Japan dan mempunyai ibu bapa warganegara Malaysian, Tam pernah dipanggil menjalani ujian bersama Harimau Muda A tetapi gagal menarik minat Ong Kim Swee. Selepas bersama Shanghai Shenhua dan Avispa Fukuoka, beliau sekarang bermain di Division 2 Liga J bersama kelab Kataller Toyama.

Penyerang: Sean Gan Giannelli

Sean merupakan produk kelahiran Sekolah Sukan Bukit Jalil, Penyerang Malaysia yang mempunyai darah Itali telah menyertai pasukan muda kelab Itali, Atletico Arezzo ketika berumur 15 tahun. Beliau kembali ke Malaysia dan ketika ini bersama Johor Darul Ta’zim IV.

Penyerang: Darren Lok

Penyerang kelahiran inggeris ini ketika ini sedang bermain di England’s Conference South untuk Eastbourne Borough dan telah meluahkan hasrat bermain untuk Harimau Malaya jika diberi peluang.


– fourfourtwo.com

ep2p-5small