Kes Culik Dan Buli Punca Eja Bimbang Hantar Anak Ke Sekolah


Advertisement

Dalam dunia yang kini sedang maju dalam mengejar arus pemodenan, ditambah pula dengan kadar jenayah yang semakin meningkat dan berleluasa, tidak hairan jika ada diantara ibu bapa yang risau dengan situasi ini bimbang perkara yang tidak elok berlaku. Begitu juga dengan pelakon yang boleh dianggap sudah lama menyepi dalam industri hiburan iaitu Eja.

Pelakon Siti Shahrizah Saifuddin, 43 atau lebih dikenali sebagai Eja akui beliau bimbang tentang keselamatan anaknya yang bakal memasuki alam persekolahan darjah satu pada September depan di sebuah sekolah swasta.

Kes Culik Dan Buli Punca Eja Bimbang Hantar Anak Ke Sekolah

Menurut Eja, kes-kes berkaitan penculikan dan buli yang sering menjadi tajuk berita akhbar membuatkan dia lebih berhati-hati untuk melepaskan anaknya itu tambahan lagi Nur Eishal merupakan satu-satunya cahaya mata yang dimiliki buat masa ini.

“Dia (Nur Eishal) baru sahaja menjalani ujian penilaian untuk menduduki darjah satu di sebuah sekolah swasta dan Insya-Allah kalau lulus dia akan memulakan persekolahan darjah satu pada September ini.

“Tipulah kalau kata saya tidak bimbang, melepaskan dia ke alam persekolahan merupakan satu kebimbangan besar buat saya terutama apabila terlalu banyak kes-kes tentang penculikkan dan buli di sekolah,” ujar Eja.


Eja akui demi mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku, beliau telah memastikan terlebih dahulu agar persekitaran persekolahan anaknya itu bebas daripada risiko kes penculikan dan buli pelajar.

“Banyak aspek yang saya fikirkan sebelum buat keputusan untuk hantar dia di sekolah mana, saya pastikan sekolah itu bagus dan kawasannya selamat.

Kes Culik Dan Buli Punca Eja Bimbang Hantar Anak Ke Sekolah

Tambah Eja lagi dia kini meletakkan tanggungjawab terhadap anaknya itu sebagai keutamaan dalam aktiviti kehidupannya.

“Anak saya adalah kepentingan utama dan saya tidak akan memilih perkara yang lain selain anak dan saya kembali ke dunia lakonan pun selepas berjanji dengan suami untuk memberi keutamaan pada anak kami,” jelasnya.

Mengenai kerjaya lakonan pula, Eja berkata, dia hanya akan menerima tawaran berlakon telefilem berbanding drama episod berikutan masa penggambaran yang lebih singkat.

Tambahnya, dia juga memilih skrip yang benar-benar sesuai dan memberi kesan kepada masyarakat sahaja.

24 total views, 24 views today

ep2p-5small