Kenyataan Siti Saleha ‘Tidak Kisah Lakonkan Adegan Intim’ Bikin Panas!

Advertisement

Siti Saleha yang sebelum ini selalu tampil dengan imej bersih akhirnya membuat kenyataan dirinya tidak pernah meletakkan sebarang syarat atau batas ketika melakonkan adegan intim dalam mana-mana drama yang dibintangi kerana percaya apa yang dilakonkan adalah sekadar lakonan semata-mata.

Menarik : Siti Saleha Nafi Minta Bayaran Hadiri Sidang Media

Siti Saleha 'Tidak Kisah Lakonkan Adegan Intim

Walaupun penerimaan dan sikap terbuka yang ditunjukkan oleh Siti Saleha kami yakin suatu hati nanti namanya bakal terpalit kontroversi gara-gara terlajak berani melakonkan adegan intim. Lihat sahaja lah apa yang berlaku kepada artis lain antaranya ‘Adegan Terlajak Mesra Ayda Jebat Dan Zul Ariffin Dalam Drama M.A.I.D Dikritik Penonton‘ dan ‘#DiaIsteriLuarBiasa Arahan Ziela Jalil Dikritik Peminat, Drama Tidak Bermoral‘.

“Setakat ini saya hanya beri lakonan seperti apa yang diminta pengarah dan tidak ada bataskan apa-apa. Saya harap orang ramai faham dengan situasi itu dan tidak menghentam saya balik”

“Apa yang dipaparkan dalam drama itu hanya lakonan sahaja dan kami tidak buat apa-apa pun. Malah itu semua di hadapan semua krew produksi,”

Siti Saleha 'Tidak Kisah Lakonkan Adegan Intim

Kami berharap Siti Saleha berfikir sejuta kali dalam menerima apa-apa tawaran yang melibatkan adegan intim. Takut nanti ianya bakal memberikan kesan buruk kepada nama Siti Saleha memandangkan ‘Kerajaan Arah Adegan Peluk Cium Dalam Drama TV Dipotong‘.

Walaubagaimanapun Siti Saleha tetap menghormati pelakon lelaki yang sudah beristeri bagi mengelakkan sebarang kontroversi ketika melakonkan adegan intim. Apa pun semoga Siti Saleha memperolehi hidayah dan menolak tawaran lakonkan adegan intim yang boleh memberikan kesan buruk kepada namanya.

174 total views, 174 views today

ep2p-5small