Kenapa Nazir sibuk pertahankan akhbar penipu The Edge?

Adik kepada perdana menteri Malaysia, Datuk Seri Nazir Razak sekali lagi cuba mencampuri keputusan kerajaan apabila mengutuk penggantungan operasi akhbar perniagaan mingguan dan harian The Edge dan The Edge Financial Daily.

Nazir mendakwa akhbar tersebut sebagai tunjang kepada komuniti perniagaan dan ia memastikan komuniti itu kekal jujur, bermaklumat dan berdaya saing didalam status terkini akaun Instagramnya

Nazir juga memuji liputan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang sebelum ini dibuat oleh akhbar yang digantung itu.

“Liputan 1MDB baru-baru ini mengagumkan tetapi jika ada silap, betulkan mereka atau gunakan saluran undang-undang.

“Saya mengutuk penggantungan ini dan simpati saya buat semua kakitangan yang terkesan,” katanya.

Nazir yang juga Pengerusi Kumpulan CIMB, tidak pula menyentuh mengenai penipuan yang diakui sendiri oleh penerbit The Edge, Ho Kay Tat didalam pembelian dokumen palsu 1MDB dari individu tertentu.

The Edge dan The Edge Financial Daily digantung bermula Isnin depan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) kerana didapati membeli dokumen palsu berkaitan fitnah 1MDB.

KDN menjelaskan isu 1MDB yang dilaporkan 2 akhbar itu memudaratkan dan boleh membawa gangguan kepada keselamatan dan ketenteraman awam atau memberi ancaman kepada keselamatan negara.

“Gagal menghentikan penerbitan selama 3 bulan akan menyebabkan pembatalan permit penerbitan,” kata sumber dari KDN. – Utaranews.com

ep2p-5small