Kasih Ibu, Izreen Azminda Syukur Dapat Jaga Anak Semula!

Advertisement

Kehidupan pelakon Izreen Azmin yang kini semakin cantik berhijab makin gembira selepas anak tunggal kesayangannya, Muhammad Adrian Umar Muhamad Riza, 2, kini sudah tinggal bersamanya. Nasib Izreen Azminda lebih kurang sama dengan kisah hidup Rita Rudaini yang turut bergelar ibu tunggal dan baru-baru ini ‘Ucapan Menyentuh Hati Rita Rudaini Untuk Anaknya Sempena Hari Lahir‘.

Sebelum ini Izreen Azminda dan anaknya tinggal berjauhan kerana Adrian dibesarkan ibunya di kampung. Kini Izreen Azminda melahirkan rasa bersyukur dan berterima kasih atas pengorbanan ibunya yang sanggup berpindah ke Kuala Lumpur bagi menemani kehidupannya bersama Andrian. Walaupun keputusan itu agak berat bagi ibunya, namun seorang ibu tidak sanggup melihat anaknya terkapai-kapai sendirian menempuh badai di ibu kota.

izreen azminda

“Ramadan kali ini, barulah terisi puasa saya kerana Adrian ada bersama 24 jam sehari. Perasaan gembira, seronok dan sebak itu tidak dapat diucapkan kerana saya terlalu rindukan dia sewaktu kami berjauhan,”

Comel betul anak Izreen Azminda dah macam girl pun ada malah kecomelannya cukup terserlah dalam artikel ‘6 Foto Anak Izreen Azminda Yang Comel Sangat!’. Disebabkan itu juga Izreen Azminda sangat teruja dan akan membawa anaknya itu ke lokasi penggambaran dan juga majlis-majlis yang memerlukan kehadirannya. Tujuannya adalah ingin membiasakan anaknya bergaul dengan orang di luar rumah.

izreen azminda

“Jika sebelum ini Adrian memang takut terhadap orang yang tidak dikenali kerana dia biasa dijaga oleh nenek dan tidak pernah berjumpa orang luar. Sekarang Alhamdulillah, dia sudah mula mesra dengan rakan-rakan saya,”

Walaupun pernah dihimpit gosip bercinta dengan Fahrin Ahmad, Izreen Azminda kini lebih selesa bersendirian dan membesarkan anaknya Adrian. Jelas membuktikan kebanyakan ibu tunggal lebih suka hidup sendirian berbanding duda yang perlukan seseorang disisi. Tak gitu?

6 total views, 6 views today

ep2p-5small