#JodohKeUolls: Hubungan Mia Ahmad Dan Syarul Ridzwan Retak Di 1 Syawal 2015!

Advertisement

#JodohKeUolls: Hubungan Mia Ahmad Dan Syarul Ridzwan Retak Di 1 Syawal 2015! | Fenomena Mia Ahmad dan Syarul Ridzwan yang dikatakan pasangan romantis tahun 2015 menemui penamatnya pada 1 Syawal 2015. Tidak dinafikan ramai peminat tertunggu-tunggu Drama Jodoh Ke Uolls yang menampilkan Mia Ahmad (Yuhanis) dan Syarul Ridzwan (Tengku Zaril).

Bagi peminat penampilan kali ini akan mengubat rindu mereka setelah Drama #HatiPerempuan tamat. Episod yang merangkumi 28 tayangan yang diakhirnya ditamatkan dengan Happy Ending dimana Yuhanis dapat menerima Tengku Zaril dan keduanya Happily Ever After.

Jodoh Ke Uolls pada mulanya diharap menjadi penyambung kepada #HatiPerempuan dimana ramai yang menjangkakan drama itu mengisahkan kehidupan Yuhanis dan Tengku Zaril selepas tamatnya #HatiPerempuan, namun jangkaan itu meleset sama sekali.

Artikel menarik:- Biodata Mia Ahmad Heroin Drama Hati Perempuan TV3

#JodohKeUolls: Hubungan Mia Ahmad Dan Syarul Ridzwan Retak Di 1 Syawal 2015!

Jodoh Ke Uolls mengisahkan Yuhanis lakonan Mia Ahmad dan Tengku Zaril lakonan Syarul Ridzwan dari satu sudut pandangan yang lain. Masih mengekalkan nama yang sama, perjalanan cerita ini yang pada mulanya ramai menjangkakan drama berkisah ketika sebelum Yuhanis bernikah dengan Tengku Zaril.

Namun diakhir cerita, Tengku Zaril akhirnya menikahi Indah. Ini membuatkan ramai peminat terkejut. Harapan untuk melihat Yuhanis dan Tengku Zaril ke jinjang pelamin nyata berkecai!

Kepada peminat Mia Ahmad dan Syarul Ridzwan diharap janganlah hampa dengan drama Jodoh Ke Uolls. Mungkin ramai yang tidak berpuas hati tetapi ini adalah satu drama yang lain dengan tajuk yang lain. Janganlah disamakan dengan drama #HatiPerempuan yang telah pun tamat dan berakhir dengan Yuhanis gembira disamping Tengku Zaril. Sentiasalah kita menyokong Malaysian Sweetheart Mia Ahmad.

12 total views, 12 views today

ep2p-5small