Insiden Sebenar Kes Low Yat Didedahkan Facebooker @YuseriYusoff!! Sebarkan Biar Ramai Tahu Kebenaran!!!

Aku dari awal lagi memandang isu low yat ni macam ada yang tak kena..kita lihat bermacam versi cerita tentang insiden ini..ada yang kata ANAK MUDA Melayu kena tipu..ada yang kata kes curi…jika benar kes ini penipuan peniaga Cina..mana bukti resit pembelian yang mengatakan ANAK MUDA MELAYU itu ditipu selepas membeli telefon?

Low yat memang semua tahu menjual barangan elektronik yang murah..tipu atau tidak tu belakang cerita.kes ini melibatkan kemusnahan harta benda…jom baca pendedahan sebenar tentang insiden Low Yat ini yang mana ditulis oleh Facebooker Yuseri Yusoff!!!

1. Masih ramai melambakkan kesalahan ke atas PDRM berhubung isu rusuhan di Plaza Low Yatt.

2. Lebih malang bila timbul tuduhan PDRM sengaja memerangkap dua lelaki Melayu.

3. Bermakna, kita enggan menerima hakikat bahawa cerita lelaki itu telah ditipu peniaga HP tidak wujud.

4. Sebaliknya, dua orang lelaki (A dan B) pergi ke Plaza Low Yatt, di mana si A naik ke aras satu (ground floor) kemudian melarikan HP.

5. Dalam usaha untuk melarikan diri, si A dari (ground floor) telah terjatuh di depan kedai OPPO (underground floor).

6. Lalu jurujual OPPO bantu menangkap si A ekoran terdengar jeritan dari di tingkat atas (ground floor).

7. Perbuatan si A yang melarikan HP tidak diketahui si B kerana dia berada di aras bawah (underground floor)

8. Melihat rakannya si A ditangkap jurujual kemudian ditahan security, maka si B cuba membantu.

9. Usaha itu gagal dan security bertindak hubungi polis, lalu kedua-dua ditahan dan dibawa ke Balai Polis Tun HS Lee.

10. Semasa disoal siasat, si A mengaku mencuri HP serta ambil dadah sebelum ke Plaza Low Yatt.

11. Dalam soal siasat ke atas si B, didapati si B memang tidak tahu perbuatan si A yang melarikan HP.

12. Jadi, di atas budi bicara IO melepaskan si B manakala si A pula ditahan lokap.

13. Sejurus dibebaskan, si B yang masih tidak berpuas hati kerana turut ditangkap sedangkan bukan dirinya melarikan HP.

14. Kembali semula Plaza Low Yatt bersama geng lalu menyerang dan memecahkan barangan di kedai OPPO.

15. Kalau benar lelaki itu tertipu semasa membeli HP, ada sesiapa boleh tunjukkan resit pembelian?

16. Akhir sekali, kena faham kedua-dua tertuduh mengaku tidak bersalah dan memohon dibicarakan.

17. Maka mahkamah membebaskan dengan ikat jamin RM3k sementara menunggu tarikh perbicaraan semula.

18. Mereka bukan dibebaskan kerana hakim putuskan tidak bersalah, bicara pun belum sudah ada group FB menjatuhkan hukuman PDRM bersalah dan terbukti menipu.

ep2p-2