Iftar #22 menu ulang2

 Asalamualaikum dan selamat pagi kawan2 semua. tinggal beberapa hari jer lagi kita akan meninggalkan bulan ramadan dan yang pastinya sekarang ni kawan2 semua sibuk menyediakan persiapan hari raya yang bakal menjelang… banyak cookies dah buat ker? kak rose ni adalah buat sikit2… yang penting ada buah tangan untuk mak dan mil kat kampung… dan kalau fikirkan perjalanan balik kampung masa perayaan ni mmg pening kepala kan… jauh pulak tu nak travel, apa pun semuga perjalanan balik kampung kami nanti akan dipermudahkan. Insya Allah.

 dan juadah berbuka puasa pun menu yang berulang2 dah… kadang2 pening
memikirkan apa nak dihidang petang2 tu… maklumlah kalau tak bulan
puasa tu memang seminggu sekali jer memasak…. so bila nak buat hari2
ni mmg pusing kepala… nasib baik tukang makan tak kisah dengan apa
yang terhidang. Alhamdullilah… sayur campur dengan apa yang ada dalam
stok, cukup untuk kami sekeluarga dan juga ada rezeki untuk jiran
jugak…

 buah yang masih ada stok… betik kita simpan dulu ya…

 onde2 pun pernah buat ari tu… kira ulangan jugak la kan, cumanya kali ni kak rose buat onde2 keledek oren… without any additional color pun masih menyerlah ke orenan nya. kalau nak tengok tesepinya ada kat sini ya

menu ulang2 untuk iftar kami…. Alhamdullilah dengan rezki dari Nya.

ep2p-5small