Iftar #19 Lauk a la mamak

 Asalamualaikum dan selamat pagi pada yang masih sudi singgah kat rumah maya kak rose ni ya… nak jugak tepek kat sini apa juadah berbuka petang semalam… semakin hari semakin dah tak tau apa nak dihidang untuk berbuka… stok lauk banyak tapi pening jugak kepala…. dan bazar ramadan is such a no no buat kak rose, cukuplah sekali kena bila membeli tapi bila sampai waktu berbuka dah basi… so lebih baik la sediakan sendiri apa yang termampu….tapi petang semalam rasa nak sangat makan lauk mamak line clear… tapi cuma beli dua keping ayam goreng whole leg and kuah campur jer… sayur kita sediakan sendiri, boleh makan masa panas2 lagi kan…

 apalah nasik mamak kalau tak de kuah kari campur ni kan… tp kak rose tidaklah berani nak taruk banyak kuah ni, perut mesti tak tahan… so cuit jer sikit2 bagi rasa kat nasi… kalau makan nasik kandar pun mmg kak rose elak kan kuah yang sampai banjir tu… en asben yang berselera makan dengan kuah campur2 ni…

 sayur kubis goreng a la mamak…. tapi kalau kat kedai tu yg ade cuma kubis n kunyit jer kan, rasa pun kelaut jer! jadi kita sediakan sendiri dan taruklah apa yang kita suka…..  walaupun tak sepenuhnya macam makan kat kedai, tapi Alhamdullilah rezeki kami untuk petang semalam.

dan ini lah juadah buka kami petang semalam…. keropok lekor pemberian kawan dari terengganu, dah beberap hari kejung dalam fridge, rebus semula n gorengkan… tapi goreng 2 batang tu pun tak terabes makan… buah betik yang lama dah di idamkan… laju jer makan buah sampai kenyang dan sudahnya keropok pun berbaki…

ep2p-2