Iftar #18 Sira pisang

 Asalamualaikum dan selamat pagi kepada kawan2 semua…. Insta Allah kita akan menjalani ibadah puasa untuk hari yang ke 19 dah, ramai yang dah mula membuat cookies raya… kak rose ni entah lah bila nak stat…. sungguh tak rajin nak memulakan… entah terbuat entahkan tidak nanti. apa pun yang penting kena sediakan juadah untuk berbuka dulu kan…. dan ini request dari en asben yg nak makan sira pisang… tuan rumah ni tak pandai nak buat, tapi cik google kan ado…. dan ini lah hasilnya yang terlebih gula merah la pulokkkkk! resepi rujukan dari makcikmanggis, mekasih ya

Bahan-bahannya:

4 biji pisang -Cm guna pisang abu. (kak rose guna pisang lemak manis, as suggested by my MIL)
1 ketul kecil gula melaka (agak-agak)
1/4 cawan gula pasir.
5 kuntum bunga cengkih.
1 helai daun pandan.
1/2 cawan air.

Secubit kapur.

Cara-caranya:

  • Kupas pisang dan dibelah dua.
  • Rendam dengan air kapur sekejap dan toskan.
  • Masak gula merah,gula pasir,daun pandan,bunga cengkih dengan  1/2 cawan air sehingga larut dan likat.
  • Masukkan pisang dan masak sehingga air gula meresap kedalam pisang.
  • Guna api yang pelahan untuk mengelakkan dari hangus.

 since tuan tanah tak gemar nak makan sira pisang tu, maka jadilah sira keledek pulak… suka suki rebus keledek n buh gula n garam sket….. dah siap!

 buah anggur untuk petang semalam…

lauk yang umph buat kak rose…. ade gulai lemak ciliapi daging dan kentang dan ikan gelama masin goreng memanglah sangat membuatkan makan nasi bertambah2..dan sejak puasa ni suka sangat nak makan kerabu simple2 cam ni…. kak rose sedakan kerisek tu awal2 dan simpan, bila nak terus jer gaulkan dengan kerabu tu cumanya tinggal nak  perahkan asam limau jer… senang keja kan.

ep2p-5small