Iftar #17 Kuih sagu kukus

 Asalamualaikum dan salam hujung minggu buat kawan2 semua… semuga sentiasa dalam lindungan Nya dalam menjalani ibadah puasa di bulan ramadan ini. apa juadah berbuka kawan2 petang semalam ya? kak rose buat yang sempoi2 jer lepas pening pikir nak masak apa. nasib baik ada intenet… boleh cari idea kat situ kan… dan yang penting bahan2 ada la kat dapo kan.. so inilah juadah berbuka petang semalam…

 kak rose kongsikan resepinya kat sini ya….

Bahan-bahan

  • 1 gelas sagu biji kecil
  • 3 gelas air – !kak rose letak 2 1/2 cawan jer)
  • 3/4 gelas gula pasir – (a bit too sweet for me, len kali kena kurangkan sket)
  • Sedikit pewarna merah
  • 1/2 biji kelapa parut putih sahaja
  • 1 sudu kecil garam
  • 1 sudu teh esen rose

Cara-cara

  1. Panaskan air + pewarna merah sehingga mendidih.
  2. Masukan sagu, kemudian kacau rata.
  3. Masukan gula, gaul rata. Apabila adunan nampak pekat sedikit, masukan kedalam loyang 8 1/2 ” x 8 1/2 ” x 1 ” (kak rose buh dalam acuan kecik2)
  4. Kukus selama 20 minit. Walaupun kuih ini boleh di kacau saja di
    dalam kuali tetapi apabila di kukus, sagunya akan nampak
    berbiji-biji. Lagi enak rasanya
  5. Apabila sudah masak, sejukan dan potong ikut suka dan gaul dengan kelapa..siap.

 bila dah kukus tu memang tak nampak dah yang putih berbiji2 tu…. cantik jer kejadiannya kan. terima kasih pada mamakastam@Myr yang kongsikan resepi ni..

 buah yang mesti ada masa berbuka puasa… buah pisang kaki dan apple. ikut pesan doktor, makan buah masa perut kosong…so, lepas minum kenalah amik buah dulu sebelum jamah yang lain.

nasi goreng bodo2, taruk udang banyak2, celery, carrot n capsicum hijau. sayur n lauk semua dah ade dalam tu. senangkan… tapi en asben nak jugak peria goreng dengan ayam fillet tu, so buat kan je la makan dengan nasik goreng tu.

ep2p-5small