Ibubapa Kekuatan Zizan Razak Harungi Cabaran Dilanda Kontroversi

Advertisement

Zizan Razak merupakan salah seorang artis yang sering dilanda kontroversi hangat. Kontroversi melibatkan Zizan mula tercetus selepas hubungan cintanya dengan aktres Emma Maembong terputus pada penghujung tahun lalu.

Pelawak itu kemudiannya dituduh sebagai individu yang menghantar mesej lucah kepada beberapa wanita. Namun dinafikan Saya Bukan Pelawak Kasanova – Zizan Razak.

Tidak cukup dengan itu, sekali lagi beliau menggemparkan industri tanah air apabila beliau dikatakan telah melanggan pelacur ketika berada di Indonesia sebelum mengejutkan peminat selepas dia mengumumkan bakal berkahwin. – Mahu Elak Fitnah Zizan Razak Bakal Nikah Jun Ini?

Menarik artikel berkaitan:- Zizan Razak Nafi Langgan Pelacur Di Negara Seberang

Ibubapa Kekuatan Zizan Razak Harungi Cabaran Dilanda Kontroversi

Pelakon dan pelawak Zizan Razak.

Meskipun diri terus dilanda kontroversi hangat, Zizan dilihat tenang dan tidak mudah melatah dalam menghadapi situasi yang berlaku.

Menurut Zizan sepanjang beliau menghadapi zaman kejatuhan dalam kerjaya selepas terpalit dengan pelbagai kontroversi sejak awal tahun ini, ibu dan bapanya lah yang menjadi kekuatan untuk beliau menghadapi segalanya.

Tambah Zizan lagi, kedua-dua orang tuanya sentiasa memberikan kata-kata semangat agar sentiasa bersabar dan tidak cepat melatah dengan tuduhan dilemparkan.

“Jika tiada ibu bapa saya tidak tahu apa akan jadi kerana mereka adalah kekuatan saya dan bersyukur kerana mereka sentiasa nasihatkan saya supaya bersabar dan tidak berputus asa dalam mengharungi cabaran hebat ini,” katanya.

Ibubapa Kekuatan Zizan Razak Harungi Cabaran Dilanda Kontroversi

Pelakon dan pelawak Zizan Razak.

Dalam pada itu, Zizan berkata, dia tidak pernah terkilan dengan segala isu dan kontroversi yang melandanya. Sebaliknya dia reda dengan semua dugaan tersebut kerana ia adalah ketentuan dari Allah.

“Sebagai manusia biasa dan orang Islam saya percaya setiap apa yang berlaku itu pasti ada hikmahnya dan Allah memberi cabaran ini kepada saya dengan tujuan yang baik.

“Insya-Allah jika saya tidak berputus asa Tuhan itu akan beri jalan lebih baik kepada saya selepas ini,” katanya.

Buat Zizan Razak bertabahlah. Allah tidak akan menguji seseorang hambaNya melebihi kemampuan diri. Ada hikmah disebalik yang berlaku. Berbanggalah kerana anda terpilih menerima ujian dariNya. Semoga terus berjaya dalam kerjaya yang diceburi. BE STRONG!

34 total views, 34 views today

ep2p-5small