Ibu sanggup biarkan anak hampir mati sebab cermin kereta mahal..

Ada juga manusia macam ni yang sayang kan kereta lebih dari anak sendiri. Tahu la kereta mahal tapi sanggup ke anak tu mati dalam kereta dengan cuaca yang panas!!!

Seorang perempuan di China dikecam di media sosial sebab halang pihak bomba pecahkan tingkap kereta mewah dia untuk selamat anak dia yang berusia tiga tahun terperangkap didalam kereta. Sick person!!

Kejadian tu berlaku di bandar Yiwu di Wilayah Zhenjiang, orang ramai terkejut bila dengar tangisan budak tu tapi ibu dia yang berada di sebelah kereta tu tak endah pun anak dia.

Seorang saksi berkata, mak budak tu berkeras nak tunggu tukang kunci untuk datang membuka pintu kereta itu kerana tidak mahu kereta berkenaan dirosakkan. Ehhh, kalau anak dia mati tak menyesal ke????

Walaupun perempuan tu halang pihak pecahkan tapi pihak bomba pecah kan juga untuk selamatkan budak tu.

“Adalah berbahaya meninggalkan kanak-kanak di dalam kereta terutama ketika cuaca panas.

Suhu di dalam kereta boleh meningkat dalam masa yang singkat sehingga mengancam nyawa kanak-kanak.”kata salah seorang pihak bomba.

Tindakan perempuan tu mengejutkan pengguna Internet malah ada yang menyindirnya dengan berkata: “Nampaknya, tingkap kereta itu adalah anak lelakinya yang sebenar.”hahahhahha…betul tu!! MissHana/Utaranews.com

ep2p-2