Ibu Rakam Anak Dalam Mesin Basuh Dikecam.

Ayoyoyooo!!!!!! Ni bukan gurauan dah macam membahayakan nyawa anak aje! Orang punya la nak elak anak-anak kecik main kat mesin basuh tapi seorang ibu ni senang-senang aje biar anak dia di dalam mesin basuh. Hhhhuuhhuu..

Courtney Stewart, 21 post gambar anak dia berusia dua tahun menghidap syndrome down  di dalam mesin basuh, dalam facebook dengan caption ‘ untuk bahan ketawa’. Tak cukup matang lagi nak jadi seorang ibu ni!!

Benda ni sampai jadi kes polis kot dan Courtney disiasat. Orang ramai yang  tengok pun marah gila dengan perbuatan Courtney. Diorang anggap Courtney tu seorang ibu yang teruk!

Menurut Courtney, anak dia suka mesin basuh. Dia tak tau sapa yang buat report dan tak akan minta maaf atas perbuatan dia tu. “Dia sukakan mesin basuh. Kami merakamkan gambar itu dan ia untuk gelak ketawa.

“Adalah jelas anak saya ketawa dalam gambar itu, jadi saya tidak faham kenapa orang salah anggap mengenainya. Apa yang mereka sangka saya lakukan. Putar anak saya? Sesiapa yang mengenali anak saya tahu bahawa dia memang obses dengan mesin basuh,’’ kata Courtney.

Jiran-jiran Courtney pun tak suka dengan perbuatan Courtney tu. “Ia amat teruk. Bagi ibu bapa yang merakamkannya dan memuat naik dalam Facebook, memang sukar dipercayai.

“Patutlah orang ramai marah dengannya dan penduduk di sini bercakap mengenainya. Nyata mereka amat terkejut,’’kata jiran Courtney.

Courtney kata anak dia sendiri yang panjat masuk dalam mesin basuh tu. Nak salahkan anak pula ke????!! Kalau dia yang panjat sendiri tolong angkat dia dan bawa pi jauh-jauh dari mesin basuh tu kan! – MissHana/Utaranews.com

ep2p-5small