Hari Raya Atau Hari Biasa, Saya Tidak Pernah Rasa Sunyi – Rita Rudaini

Advertisement

Sedia maklum, Rita Rudaini merupakan seorang ibu tunggal selepas perkahwinannya dengan Aidil Zafuan menemui noktah penceraian.

Mengharungi kehidupan sebagai seorang ibu tunggal bukanlah sesuatu perkara yang mudah begitu jugalah yang dialami oleh Rita Rudaini dalam membesarkan kedua anaknya.

Menarik artikel sebelum:- Pilu! Ucapan Menyentuh Hati Rita Rudaini Untuk Anaknya Sempena Hari Lahir

Hari Raya Atau Hari Biasa, Saya Tidak Pernah Rasa Sunyi - Rita Rudaini

Walaupun sudah empat tahun menyambut Aidilfitri tanpa insan bergelar suami di sisi, bagi Rita Rudaini perkara tersebut tidak ada bezanya ketika dia ada suami atau pun tidak kerana apa yang penting adalah dapat beraya dengan keluarga tercinta di Perlis.

“Hari raya atau hari biasa, saya tidak pernah rasa sunyi. Ketika masih berkahwin dulu pun tiada apa yang istimewa. Jadi, ada suami atau tidak, situasi dan suasananya sama saja. Apabila ada anak, hati saya lebih terisi dengan mereka”

Tegasnya, beliau bukan seorang wanita yang tidak mampu hidup tanpa kehadiran seorang lelaki. Namun mungkin kerana kegagalan di masa lalu dalam mempertahankan sebuah perkahwinan menyebabkan Rita Rudaini serik untuk berkahwin lagi.

“Saya bukan jenis tak boleh hidup tanpa lelaki. Malah, jauh sekali pentingkan diri dan disebabkan itulah sampai sekarang saya belum terfikir untuk berkahwin lagi,” katanya.

Selain itu, Rita juga menyifatkan kedatangan Aidilfitri itu adalah lebih mengerti tentang kesederhanaan dan bukannya menunjuk lebih daripada orang lain. Mengelakkan pembaziran, pelakon ini hanya menyediakan dua pasang baju untuk dirinya manakala anak dibelikan jubah saja.

12 total views, 12 views today

ep2p-5small