Gadis cantik mati sebab Wifi Free… Kesiann

Padah guna wifi free.. seorang remaja perempuan berusia 14 tahun meninggal dunia di Romania. Semuanya gara-gara gadis tu obsess sangat dok guna wifi free untuk melayari facebook sampai sanggup berjemur tengah panas hingga seharian.

Gadis tu meninggal akibat strok haba, cuaca masa tu 31°C jer tapi disebabkan mangsa ada masalah jantung, strok haba sudah cukup untuk membunuh mangsa. Lama sangat dok tengah panas sebab tu la.

Gadis itu, Andreea Patuleanu berasal dari keluarga yang miskin. Menurut bapa saudaranya, Cristian Grigore berkata, anak saudaranya selalu guna wifi free dekat dewan komuniti di kampung Domnesti tu sebab dorang tak mampu nak bayar wifi.

Bertambah malang apabila mayat mangsa tak dapat dikebumikan sebab family gadis tu tak daftar kelahirannya. Keluarga mangsa kena daftar dulu gadis tu baru boleh dikebumikan.

Fuhhhhh.. Kesian jugak noh dekat golongan miskin macam ni. Dorang datang dari keluarga gipsi dan banyak lagi kanak-kanak gipsi yang dilahirkan tapi tak didaftar. Mahal sangat kot noh kos daftar tu.-TiraGomez/UtaraNews.com

ep2p-5small