Fynn Jamal salahkan Peminat kerana taksub padanya..

Seronok sebenarnya kalau jadi artis ni, terutamanya bila kita ada die hard fan.. Apa ja yang kita buat, mesti peminat akan sokong, tak kiralah salah atau betul.. Dalam kalangan artis Malaysia ni, Miss A perhatikan Fynn Jamal antara artis yang ada ramai die hard fans..

Die hard fans Fynn ni, buat Miss A takut pulak.. Semua benda Fynn buat, dorang akan rasa betul.. Dorang agung-agungkan Fynn.. Macam artis kesayangan dorang ni tak pernah buat salah langsung dan sentiasa betul je..

Sedar dengan peminat fanatik ni, Fynn minta semua peminat jangan la terlalu obsess dan jadikan dia idola.. Selalunya kalau Fynn dapat komen dari peminat over fanatik ni, dia ambil keputusan tak balas atau terus buang komen-komen tu..

“Tidak salah minat saya tapi jangan keterlaluan. Gelaran idola itu membuatkan saya takut jika tidak dapat melakukan sesuatu yang orang lain boleh contohi.

Jika ada komen yang menyakitkan hati, saya terus buang atau sekat orang itu. Saya tidak mahu komen itu mengundang pergaduhan sesama peminat.

Ini bukan kali pertama saya dengar perkara ini (dilabel sombong oleh orang luar). Mungkin sebab secara luaran dan penulisan puisi saya yang agak ‘keras’ membuatkan mereka berkata demikian. Tapi itu semua bukan realiti, kenal dulu baru tahu saya macam mana.

Ramai pada mulanya berkata saya sombong, tapi apabila jumpa mereka terus minta maaf. Sebabnya mereka salah anggap dan percaya apa yang ditulis di laman sosial. Jangan jangan nilai seseorang itu secara luaran sahaja,” katanya..

Semua orang tu manusia biasa, pasti akan ada melakukan kesalahan.. Jangan la sebab dah over minat, dia punya salah pun korang buat-buat tak nampak.. Manusia ni tak dilahirkan sempurna.. Miss A/UtaraNews.com

ep2p-2