Fazura bertudung kerana hormat Ramadan.. Hukum Tuhan taknak hormat ke?

Kalau korang follow pelakon manis Nur Fazura kat laman Intagram, korang mesti perasan.. Semenjak dua menjak ni, gambar yang dimuatnaik Fazura semua menampakkan dirinya tampil berselendang.. Ramai orang ingat Fazura ini akan mengenakan imej bertudung..

Iyalah, Erra Fazira dulu pun sebelum bertudung sepenuhnya pun suka tampil dengan imej berselendang.. Tak lama lepas tu, Erra dah pun berhijab penuh.. Mungkinkah Fazura jugak bakal mengikut jejak langkah Erra..

Sebenarnya Fazura tampil dengan imej berselendang sebab nak menghormati bulan Ramadhan.. Okay la, pakai selendang.. Dari dok tampil makin seksi di bulan mulia ini..

“Setakat ini, saya berselendang hanya untuk menghormati bulan Ramadan yang mulia ini, selebihnya saya berserah di masa akan datang,”

“Saya tidak berani untuk menjanjikan apa-apa tetapi saya harap doakanlah yang terbaik untuk saya,” katanya..

Kalau Fazura bertudung penuh Miss A pasti Fazura makin cantik jelita.. Ramai artis bertudung Miss A rasa makin bertambah cantik dari tak bertudung.. Apapun, sama-samalah kita doakan suatu hari nanti Fazura akan bertudung..

Kalau dah bertudung dok berpakai ketat macam orang yang tak bertudung pun tak syok jugak tengok.. Kalau nak bertudung tu biar ikhlas, aurat perlu dijaga.. Bertudung bukan hanya tutup kepala.. Miss A/UtaraNews.com

ep2p-2