Fasha Sandha Akui Semakin Bahagia Disisi Suami Dan Anak-anak


Advertisement

Nampaknya kebahagian jelas terpancar di raut wajah Fasha Sandha kini selepas mendirikan rumah tangga ditambah lagi dengan kehadiran dua orang cahaya mata terindah Putra Rayfal, 2, dan Putri Raysha Jemaima yang kini berusia lapan bulan melengkapi kehidupan aktres jelita, Fasha Sandha dan suaminya Rizal Ashram.

“Alhamdulillah, saya berada di fasa bahagia bersama anak-anak dan suami. Kehadiran mereka menambahkan lagi seri hidup saya.

Menarik artikel sebelum:- Pelik! Anak Menangis Tengok Fasha Sandha Jadi Jahat?

Fasha Sandha Akui Semakin Bahagia Disisi Suami Dan Anak-anak

Fasha Sandha dalam pada itu akui menggalas tugas selepas berkahwin bukanlah sesuatu perkara yang mudah namun beliau seronok dengan kehidupannya kini sebagai seorang isteri dan ibu kepada anak-anak.

“Walaupun penat menggalas tanggungjawab sebagai seorang isteri dan ibu, namun semuanya berbaloi tambahan pula inilah kehidupan yang seronok,” luahnya ketika ditemui pada Tayangan Eksklusif Program Raya Astro 2015 di Hotel Majestic, baru-baru ini.


Fasha Sandha Akui Semakin Bahagia Disisi Suami Dan Anak-anak

Meletakkan keluarga sebagai keutamaan bagaimanapun tidak menghalang pelakon telefilem Hidupku Solatku Matiku ini terus aktif menguruskan bidang perniagaan dan lakonan ditambah pula suaminya tidak pernah menghalang beliau untuk bergerak aktif dalam kerjaya yang diceburi.

“Alhamdulillah, dalam sibuk menguruskan rumah tangga, saya sempat menguruskan tiga bisnes iaitu Salon Chinta, produk Jemyma dan label Jiwa by FS.

“Jiwa by FS adalah label baju kanak-kanak yang saya dedikasikan kepada anak lelaki saya iaitu Rayfal dan Rayqal, manakala Jemyma untuk anak perempuan saya.

“Suami tidak menyekat aktiviti saya, malah dia suka melihat saya berdikari dalam bidang yang diceburi,” katanya akui lebih selektif dalam memilih tawaran lakonan.

Dalam perkembangan lain, Fasha Sandha bakal tampil dalam filem terbaru berjudul Anak Mami Nasi Kandar arahan Prof Madya A.Razak Mohaideen.

125 total views, 125 views today

ep2p-5small