Empat Maut, Lima Hilang Dalam Banjir Di Fujian

Beijing – Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan lima lagi hilang dalam kejadian banjir kilat yang melanda seluruh daerah Liancheng di timur wilayah Fujian, China.

 

Agensi berita Xinhua melaporkan banjir akibat hujan lebat tanpa henti itu menyebabkan 132,000 penduduk terpaksa dipindahkan.

 

Banjir itu turut mengganggu bekalan air dan elektrik dan menjejaskan 243,000 penduduk di daerah itu.

 

Laporan media tempatan menyatakan lebih 8,000 hektar tanaman rosak dan 40 syarikat terpaksa menghentikan operasi.

 

Sementara itu, sekurang-kurangnya 128,00 penduduk di daerah Longyan turut terjejas menyebabkan anggaran kerugian sekitar 764,000,000 yuan (RM469 juta).



This entry was posted in Luar Negara, Terkini. Bookmark the permalink.