Elizad Akui Teruja Sambut Ramadhan Bersama Suami


Advertisement

Siapa yang tidak gembira menyambut Ramadhan bersama suami tersayang ditambah lagi Ramadhan yang ditempuhi itu merupakan Ramadhan pertama selepas mendirikan rumah tangga.

Menarik artikel sebelum:- 10 Foto Sekitar Resepsi Perkahwinan Elizad Dan Shamsul

Elizad Akui Teruja Sambut Ramadhan Bersama Suami

Begitu juga bagi pelakon Elizad yang pernah popular dalam drama bersiri Teman Lelaki Upahan suatu ketika dahulu.

Beliau turut berkongsi rasa keterujaannya itu kerana dapat berpuasa bersama suaminya. Kehidupannya kini telah berubah semenjak memegang status isteri kepada Shamsul Baharin Rahman. Tanggungjawab juga berbeza berbanding zaman sebelum berkahwin.


“Saya seronok berpuasa dengan kehadiran suami. Jika sebelum ini saya hanya mengikutkan kehendak sendiri, kini saya harus fikirkan apa suami hendak makan untuk berbuka dan sahur. Suami saya selalunya gemarkan makanan berat seperti nasi dan lauk ayam. Jadi saya akan makan apa yang suami mahu makan,”. – Menu Kari Pemikat Hati Suami – Elizad

Elizad ketika ditemui di Majlis Berbuka Puasa bersama Elizad di La Verandah, Ampang berkata walaupun beliau sibuk dengan tawaran lakonan namun beliau akan memastikan agar dia dan suami menunaikan solat terawih bersama-sama.

“Memang saya agak sibuk sepanjang Ramadan ini dengan tawaran lakonan tetapi saya tetap memastikan yang saya dapat sama-sama menunaikan solat terawih dengan suami. Kami juga bercadang untuk berqiamullail di tujuh malam terakhir Ramadan,”.

8 total views, 8 views today

ep2p-2