Duit syiling 50sen jadi modal kutuk kerajaan.. Mentaliti cap ayam betul!

Laaaa…. Ingatkan dah habis dah kepercayaan khurafat pasal kononnya kecelakaan yang berlaku di Malaysia ni ada kaitan dengan gambar yang terpanpang pada wang kertas Ringgit Malaysia tu. Nahhhhh… Tuppptuppp bunyi lagi.

Kali ni geng yang percaya pasal benda-benda tahyol ni berpindah pulak pada ukiran yang terdapat pada duit syiling lima puluh sen. Iyela kat situ kan ada ukiran bangunan parlimen.. 

Boleh pulak geng yang percaya benda mengarut ni kata kejadian kebakaran yang berlaku di Wisma Bukit Aman semalam tu ada kaitan dengan duit lima poseng tu wakakakaka!

Apa la korang ni, terpesong terok kot!! Ntah melayang ke mana akidah korang Gomez pun tak tahu. Udah-udah la percaya benda tak betul ni bukan apa takut terpesong akidah haaa.

Semua yang berlaku ni ketentuanNya, sapa la kita nak pertikai. Tak kan ler dorang saja-saja nak pi bakar bangunan tue haha. 

Pelik-pelik la korang ni.. Korang pi sekolah belajar agama ke belajar cara nak membomoh?? Jadi nujum pak belalang yer kaki meramal.-TiraGomez/UtaraNews.com

ep2p-5small