Satu daripada adegan dalam video yang diambil oleh penduduk tempatan BERLIN 20 Julai – Seorang wartawan Jerman yang menyiasat tragedi pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 di timur Ukraine, menerbitkan satu video terbaharu yang didakwa diambil penduduk tempatan yang memaparkan, situasi sejurus pesawat Boeing itu terhempas akibat ditembak jatuh di Ukraine pada Julai tahun lalu.

Portal berita RT melaporkan, rakaman video yang diambil menggunakan telefon bimbit dari dalam sebuah kereta yang lalu di kawasan kejadian dan dimuat naik di laman web YouTube itu, memaparkan satu kebakaran dan asap tebal di tempat kejadian di timur Ukraine.

Wanita yang merakam kejadian itu sangat terkejut dan sebak melihat banyak mayat penumpang bergelimpangan di kawasan tragedi.

Seorang lelaki yang bersama wanita itu juga kendengaran me­nyumpah apabila dia sedar apa yang dilihatnya adalah sebuah pesawat awam.

BACA: VIDEO + FOTO Pesawat MAS MH17 terhempas di Ukraine, dipercayai ditembak jatuh


Perbualan mereka juga mendedahkan ada sebuah lagi pesawat di udara – pesawat yang menembak jatuh MH17.

Wartawan bebas, Bill Six, yang menyiarkan video itu di akaun YouTubenya berkata, penduduk tempatan berang dan enggan bercakap dengan wartawan Barat selepas mereka melihat laporan berat se­belah mengenai tragedi itu.

Beberapa hari lalu satu video tentang tragedi MH17 didedahkan media dari Australia, News Corp Australia yang menunjukkan pemberontak pro-Rusia berada di tempat kejadian sejurus pesawat itu terhempas dan perbualan mereka yang bertanya mungkin ada sebuah lagi pesawat – pesawat pejuang Sukhoi – yang dipercayai menembak jatuh pesawat MH17.

Video 1

Video 2